IFCA MSC BERHAD - jika ada sambungan kenaikanSama seperti kebanyakan carta-carta yang sedang menaik dari bawah ketika ini, IFCA juga membuat satu bentuk mangkuk ajaib yang sangat menarik.
Jika dasar mangkuk ajaib dijadikan sebagai kawasan pengumpulan, sebarang kenaikan harga selepas ini boleh lah dikatakan sebagai fasa kenaikan atau mark-up stage.
Namun begitu, tekanan jualan dari para pelabur yang telah membeli dari peringkat bawah juga tidak boleh di lupakan. Pastikan sentiasa bersedia dengan pelan dagangan yang terbaik.
idea dagangan IFCAMSC
IFCAMSC kelihatan menarikPada pendapat saya, chart IFCAMSC kini agak menarik untuk entri.. bukan sekarang.. tapi mungkin T3 / T4.
Hari ni kita bagi dia flush dulu.
Chart pattern seakan membentuk segitiga dan hampir nak breakout nampaknya.
Stochastic turut menghala ke atas dari paras oversold.
MACD juga berada di zon positif dan blue line turut menghala ke atas.
Saya berharap dapat entri pada paras EMA50 atau sekitar harga 0.30 atau 0.305.
Namun jika gagal, paras CL adalah 0.290.
PENAFIAN: Maklumat yang disampaikan di sini BUKAN "buy call" atau "sell call". Ini hanyalah pendapat peribadi dan untuk tujuan analisis sahaja.
Rintangan Kuat IFCAMSCEMA50 & EMA200 dianggap sebagai paras rintangan dan sokongan yang kuat.
Kaunter ini telah berjaya melepasi EMA50 dan ia telah bertahan pada sokongan ini beberapa kali semasa retracement.
Sasaran selepas ini adalah untuk menuju paras rintangan trendline dan juga EMA200.
Adakah ia mampu melepasi EMA200? Harga masih lagi ada momentum kenaikan.
Kita tunggu dan lihat