Indek Industrial Product cuba melawan arus.Sektor ini agak menarik, mempunyai trend menaik kemudian memecah rintangan SMA200 dan sideway. Hari jumaat terdapat gap down tapi pembeli terus menguasai pasaran untuk terus bangkit. Belum sempat menyentuh sokongan 130, sektor ini terus bangkit sehingga kemali keadaan asal. Mungkin kejutan penurunan ini tidak lama. sektor ini dilihat kuat untuk jatuh. Sekian.
idea dagangan IND-PROD
Industrial Product ( 9--12 Jun 2020)Industrial Product gagal melepasi fibo dan di support pada aras 139. Kritikal support ni . Momentum dah menurun cuma berharap akan test support minggu depan supaya tak patahdan sambung semula kenaikan berdasarkan pelan stimulus yang PM Muhyiddin Yassin umumkan Jumaat lepas. Volume keluar nampaknya just profit taking tapi apapon perlu berhati2 minggu depan kepada yang hold kaunter industrial product ya
Indek Industrial Product terus begerakSelain Sektor Kesihatan, Teknologi dan sekarang ini minyak, dalam diam sektor industri product masih bergerak naik walaupun pelahan. Indek telah melepasi 131 mata menandakan ada peningkatan yang baik.
Adalah tidak terkecuali saham dalam sektor ini turut mengalami tempias yang baik dari covid-19. Banyak industri berkaitan dengan covid naik dan memacu indek ini. Boleh di perhatikan saham-saham dalam sektor ini. Sektor ini pun sudah menghampiri SMA200. sekian.
Produk Industri Meneruskan pendakianSemenjak kenaikan yang dibuat pada 20/3/2020, indek ini tidak memandang kebelakang dan terus membuat kenaikan. Walaupun kenaikannya tidaklah sehebat indek kesihatan, namum ianya konsistan. indek ini ada 27% lagi untuk mencapai tahap asalnya selepas isu petukaran kerajaan dan covid-19. Pelabur boleh menjeguk-jenguk saham-saham berkaitan untuk pelaburan jangka sedahana. Boleh kitakan lagi masih ada peluang untuk membuat keuntungan dalam sektor ini. Ditambah pula dengan dasar kerajaan yang sudah mula membuka sektor industri untuk beroperasi. Selepas suasana raya, industri ini akan menunjukkan belangnya. sekian.
IND-PROD : Paras sokongan genting (E02)1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah, sektor industrial product @ IND-PROD telah memecahkan paras sokongan semasa sebelum melakukan lantunan di paras sokongan seterusnya.
2. Paras sokongan adalah di sekitar paras 100 mata.
3. Jika dilihat dari carta bulanan, IND-PROD masih berada di fasa penurunan.
4. Dijangkakan IND-PROD akan melakukan consolidation di atas paras sokongan semasa sebelum meneruskan perjalanannya.
5. Sekiranya paras sokongan semasa gagal dikekalkan, IND-PROD akan terus mengalami kejatuhan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.