Kaunter Kajian : KIMLUN - Harga masih lagi uptrend1- Carta menunjukkan pergerakan harga KIMLUN masih lagi UPTREND dengan syarat harga tidak melepasi garisan UPTREND.
2- Target harga seterusnya 0.765 paras rintangan untuk dipecahkan.
3- Paras sokongan 0.710
4- MACD dah melintasi garisan 0, tanda-tanda uptrend
5- RSI 56%
6- Carta Mingguan kelihatan cantik. Baru pecahkan garisan kebawah
p/s : TAYOR
idea dagangan KIMLUN
KIMLUN diperhatikanSecara teknikal, ia tidak baik untuk Kimlun 20-Hari-Moving Average adalah condong ke bawah dan tindakan harga adalah di bawah garis purata bergerak. Tahap sokongan dan rintangan KIMLUN masing-masing 0.705 dan 0.74. Analisis indikator pada RSI tidak menunjukkan keadaan yang melampau. Berhati-hatilah untuk tahap 30% dan 70% yang menunjukkan setiap keadaan jual dan beli berlebihan.
KIMLUN - Hampir sama corak dengan PChem.Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari awal April sebelum melepasi RTS pada 9/6.
b) Harga cuba menembusi R1 tetapi gagal.
c) 12/6, harga 'gap down' menembusi RTS, Trendline dan 20MA pada waktu pasaran buka sebelum ditutup atas 20Ma dan Trendline.
Rumusan:
- Corak carta hampir sama dengan PChem dengan harga mempunyai Resistance untuk ditembusi.
- Jika dalam Uptrend, harga akan bergerak secara Sideway di atas RTS dan 20/40MA sebelum menembusi R1 dengan vol. yang meningkat.
- Jika trend berubah, harga akan bergerak secara Sideway pada S1 untuk suatu jangka masa; kebarangkalian untuk Downtrend adalah rendah namun apa-apa boleh berlaku di dalam pasaran.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
9 Ogos 2019: Mampukah Kimlun disokong dalam Uptrend ChannelPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5171 Kimlun
1. Harga telah menebusi DownTrendLine (DTL) jangka panjanga pada bulan Januari 2019.
2. Volum yang amat besar menyokong kenaikan harga pada bulan April & Mei 2019.
3. Harga semasa berada dalam Uptrend Channel (UC), berjaya disokong oleh trendline bawah UC.
4. Bacaan Fibo juga menunjuk harga disokong pada fibo zon utama 50% (RM1.26)
5. RSI dalam zon oversold, kemungkinan harga akan disokong and naik.
KIMLUN - cadangan akan datangKedudukan moving average yang sudah tersusun baik serta penurunan harga tanpa volum yang tinggi, ada beberapa perkara yang boleh dibuat.
- Menunggu bentuk lilin yang lebih kuat dan bermomentum tinggi.
- Menantikan kemasukan volum yang padu, lebih banyak berbanding volum terhampir.
- Bersedia menanti di ruang yang telah ditandakan.
- Kemeriahan market bakal menentukan mood dan kesesuaian untuk berdagang nanti.
KIMLUN 11/05/19 RONGAK TETAPI MENARIK..1) Harga kaunter KIMLUN pada tarikh 10/05/19 masih berada didalam kawasan trend menurun..
2) Kaunter ini akan lebih menarik jika harga mampu untuk keluar dari kawasan menurun untuk mengesahkan corak bendera..
3) Jika harga tidak mampu meneruskan kenaikan maka aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
<TradeVSA> Kimlun Membentuk Sokongan dengan SpringIsyarat Kekuatan di carta:
1. Spring di sokongan selepas pengumpulan
2. Berada di atas gap
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
KIMLUN - Nampak sinar bermula untuk rallyKIMLUN kini telah membentuk volume tertinggi untuk YTD, menunjukkan minat belian telah meningkat. Juga mendapat tempias untuk rally dalam sektor pembinaan.
- Tutup pada SMA200, 1.25
- Membentuk volume tertinggi YTD Fy19
- Telah break DTL pada 1.23
- Efek penjualan daripada harga tertinggi 1.29, iaitu pada rintangan 1.30
- Jika momentum pembelian berterusan dan harga masih berjaya tutup atas/pada EMA50-SMA200, kebarangkalian untuk rally dan mencuba mengatasi rintangan adalah tinggi.
Monitor untuk peluang entri seterusnya.
KIMLUN - ada perubahan kuasa dari penjual kepada pembeliBerpandukan EMA 8 sebagai panduan untuk melihat sebarang perubahan kuasa membeli dan menjual - kimlun ada ciri2 minat belian terbaru setelah penurunan harga sejak beberapa bulan lepas..garis EMA 8 kini sudah boleh dijadikan sebagai aras sokongan terbaru dan sekiranya harga turun kembali ke arah EMA 8 tanpa terus jatuh ke bawah, itu adalah peluang entri pullback..
Untuk yang lebih aggresif, bolehlah entri hari ini atau lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini dengan potensi target adalah kawasan garis berwarna purple.
Pada ketika ini, carta masih aktif dan market belum tutup. Berkemungkinan rupabentuk lilin juga boleh berubah.
KIMLUN bangkit?Kaunter ini mengalami penurunan yang agak drastik. Namun, disebalik candle merah yang mewakili penurunan harga pada minggu lepas, kelihatan pelepasan volume yang tinggi utk 4 hari berturut-turut. Yang saya faham, ini menunjukkan ada pihak tertentu yang membuat collection pada harga yang rendah untuk kaunter ini.
Ia diikuti pula oleh volume hijau menunjukkan minat belian utk 3 hari berikutnya dimana permulaan kenaikan ini diwakili oleh candle reversal.
Adakah ini permulaan kebangkitan KIMLUN?
Stochastic & MACD seolah-olah menunjukkan crossing dan harga seperti terpantul dari support trendline.
Entri yang berisiko rendah adalah pada 1.37-1.39 kerana pada hari ini, kelihatan 1.37 adalah support yang kuat.
Mari kita lihat samaada ia betul-betul bangkit atau tidak. Sasaran profit adalah pada resistant trendline atau mid-band BB.