Mencabar 52WHLBALUM dilihat perlu sekali lagi mencabar paras tertinggi 52wh sebelum ini iaitu di harga 0.615 untuk dijadikan RBS dan bakal meneruskan kenaikan. Melihat kepada momentum yang ada, kaunter ini dijangka tiada masalah untuk meneruskan kenaikan dalam masa terdekat.
Penulisan sekadar kajian sahaja.
idea dagangan LBALUM
LBALUM kembali beraksiLBALUM telah diperdagangkan di atas Purata Pergerakan 20-Hari MA20 and menembusi Purata Pergerakan Eksponensial EMA9 yang condong ke atas yang merupakan petanda baik. Di samping itu, harga hanya menembusi rintangan 0.4 yang menguatkan kenaikan dalam pergerakan harga baru-baru ini. Penembusan ini disertai oleh jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata yang menunjukkan semangat pedagang untuk mendorong harga lebih tinggi dan melepasi rintangan ini sehingga memberikan kebarangkalian lebih tinggi untuk berjaya. Perhatikan pergerakan harga dan kekal panjang jika harga menembusi rintangan 0.405 and 0.42.
LBALUM: Pecah downtrendlineLBALUM telah memecahkan primary down trendline-nya pada Jumaat lepas. Oleh sebab ini, saya melihat sokongan 540 amat penting untuk memastikan bahawa pemecahan itu bukan palsu. Rintangan seterusnya adalah di 565 sen, yang mana jika LBALUM dapat bertahan di atas harga ini, kita bakal melihat LBALUM mengorak langkah ke 595 dan 665 sen.
Target ambil untung saya adalah pada 665 sen. Semoga berjaya.