idea dagangan MBSB
MBSB1. MBSB membuat cubaan untuk breakout tahap 0.760
2. Cubaan tersebut belum berjaya
3. Mungin sedang meneruskan cubaan untuk breakout.
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"every act of kindness is charity"
MBSBMBSB melaporkan peningkatan pendapatan yang tidak begitu besar akan tetapi jumlah keuntungan selepas cukai yang sangat ketara. Ini disebabkan dari peruntukan penurunan nilai pinjaman yang rendah daripada kerajaan. Jika ini berterusan, Mbsb pada harga 62sen adalah sangat rendah kerana nilai FAV mbsb adalah pada sekitar 74sen-80sen.
MBSB, Haluan Yang Mana ?MYX:MBSB
Haluan manakah pilihan MBSB ?.
Bulan Disember adalah bulan yang getir untuk MBSB kerana pergerakannya akan memberi gambaran ke manakah arah tujuan MBSB.
Jika dilihat pada carta mingguan MBSB, harga adalah pada paras rintangan "Downtrend Line" dan juga rintangan MA50(tidak dipaparkan). Jadi untuk MBSB melakukan perubahan trend, amat penting untuk harga pada minggu hadapan tembus dan tutup lebih daripada paras rintangan downtrend line dan juga rintangan MA50.
Tidak menjadi masalah untuk harga menembusi rintangan tersebut kerana kita dapat lihat terdapat banyak volume masuk pada dua minggu yang lepas. semestinya MBSB mampu mengubah trend menurun yang lama.
Sekian. Terima kasih
Penafian*
Ini bukanlah BUY/SELL call.
MBSB duduk di RBS
Selepas volume tinggi pada 18 oktober memecahkan rintangan 0.87 dan menjadikannya RBS(resistance become support)
Fasa pengumpulan jelas pada 0.87-0.89 dan rintangan terdekat di 0.90
Idea berdagang:
Buy on pullball: EP 0.86-0.88 CL 0.855
Buy on breakout:EP above 0.90 CL 0.88
Sekiranya harga mampu melonjak melebihi 0.90, rintangan seterusnya pada 0.92 dan seterusnya 0.975 untuk menutup gap di sebelah kiri carta.
Support terdekat adalah 0.855 dan 0.825
Bacaan OBV menunjukkan penurunan sudah berakhir.
Menunggu pengesahan kenaikan oleh signal positif MACD.
-
PENAFIAN:
Perkongsian adalah untuk sekadar kajian.
Tiada jaminan diberikan mengenai ketepatan perkongsian ini dan tidak boleh ditafsirkan sebagai cadangan untuk membeli/menjual.
Para pelabur perlu membuat keputusan sendiri
10 May 2019: MBSB perlu perhatikan lagi PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
1171: MBSB
1. DownTrendLine (DTL) yang perlu diatasi untuk menukar ke structur Kenaikan
2. Harga berada di Channel Uptrending.
3. Swing Point (SP) yang perlu diatasi ialah 1.01 dan seterusnya 1.08 untuk terus menaik.
4. Volum masih kering untuk menaikan harga.
5. Harga tidak melepasi RM1.02 (Fibo 61.8%) dan sekarang berada di 0.98 (Fibo 38.2%), perlu terus perhatikan.
MBSB- Gelombang Elliot- Satu PemerhatianBerdasarkan kiraan gelombang elliot pada carta harian dan mingguan, saat ini MBSB kelihatan bergerak dalam gelombang 2 dengan struktur pembetulan segitiga simetri (a-b-c-d-e). Target jangka masa pendek adalah RM1.19-1.20 (gelombang e pada carta harian).
Gelombang 2 (pembetulan) dijangka akan lengkap sekitar aras harga RM 0.950 dengan aras sokongan terendah adalah sekitar aras RM 0.675. Aras halangan adalah RM 1.38. Jika harga bergerak merobek aras sokongan Rm 0.675, kiraan gelombang elliot ini akan terbatal dan kiraan semula terpaksa dilakukan.
Pergerakan harga memecah tembok halangan Rm 1.38, bakal merangsang ke arah pembentukan gelombang 3 dengan target terhampir sekitar RM1.80.
Sila timbang tara berdasarkan strategi dagangan sendiri sama ada "Buy on breakout", "Buy on weakness" atau pun dengan pecahan modal, bergantung pada pengurusan risiko masing-masing.
Aras Halangan : RM 1.38
Aras Sokongan : RM 0.675
Target Jangka Masa Pendek (Gelombang e) : RM 1.20
Jangkaan Gelombang 2 : RM 0.950
Jangkaan Gelombang 3 : RM 1.80
Disclaimer : Perkongsian ini HANYA bagi tujuan pembelajaran semata-mata, BUKAN satu saranan bagi jual/beli dagangan saham. Sila dapatkan nasihat daripada remisier/dealer anda sebelum melakukan dagangan saham. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas ebarang kerugian yang timbul