MMAG (BURSA)Sedikit pandangan berdasarkan kuanter aktif pada Jumaat 29 Oktober 2021 lepas. Boleh pantau zon entri belian di dalam kotak biru dan zon ambil untung di kotak merah. Kira risiko dan ganjaran masing2 supaya dapat kawal emosi. Teknik mudah iaitu menggunakan kaedah Sokongan dan Rintangan (SnR). TAYOR
idea dagangan MMAG
****H:MMAG 19.6.21 ada haparan sikit jika break 0.215Harga terkini : 0.185
Resistance : 0.215, 0.31, 0.40
Support : 0.160,0.120
Syariah; ya , anda boleh semak status syariah saham di www.bursamarketplace.com
Ini hanya idea trading, sila guna trade plan anda sendiri.
Selamat bertrading.
Terima kasih.
MMAG bersedia berlepas-kaunter yang MMAG ini, lama menyepi
- dengan sedikit penerangan teknikal menunjukkan MMAG juga akan menunjukkan kehebatan kaunter ini ditengah-tengah keributan kaunter-kaunter yang lain
- berada paras terendah dan kaunter menunjukkan usaha kenaikan dengan persilangan MACD (swing tellah berlaku)
- jualan paksaan semakin kurang
-----------------------------------------
Ini adalah pandangan dan cadangan idea sahaja. Apa-apa pergerakan hanya ditentukan oleh pasaran dagangan ari semasa ke semasa. Tiada “panggilan Belian” sekadar kajian dan pembelajaran ilmiah.
boleh follow saya melalui idea-idea dan pandangan pemikiran yang berbeza.
Sekian.
------------------------------------------
MMAG Sedikit Masa Lagi Dijangkakan Berakhir Fasa PengumpulanMMAG
Sektor : Industri Produk, Teknologi, Digital
Kategori : Kaunter superpenny
Pnecapaian kewangan syarikat : Tidak memberasangkan ( Pendapatan Negatif/dagangan mengalami kerugian)
Analisis Teknikal:
MMAG pada paparan menunjukan sudah di fasa akhir terlebih jualan (oversold), perlukan sentimen yang baik untuk memulakan tren menaik.
Pada paparan harian dilihat MMAG akan turun sedikit terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan.
Ringkasan paparan harian:
1. Persilangan emas MACD telah berlaku menandakan permulaan kenaikan
2. Stoch RSI menunjukkan line biru telah bersilang ke atas menandakan kenaikan dalam belian (memberi reaksi kepada kenaikan harga)
nilai semasa sekitar 36 %
3. SMI purple lake dilihat percubaan keluar dari fasa oversold (kolam ungu)
4. MA 5 telah menembusi (cross) candle memberi petanda awal kenaikan, perubahan fasa menurun (downtrend) kepada fasa menaik (uptrend)
Sokongan terdekat adalah sekitar 18.5 sen perlu naik melepasi harga 23 sen untuk membina momentum yang kuat ke fasa 'uptrend'. Candle mungkin bergerak ke kawasan bawah bollinger bands sebelum membuat kenaikan.
Sokongan 1 : 17 sen
Sokongan 2 : 15 sen
Harga rintangan 1 : 21 sen
Harga rintangan 2: 23 sen
Ini hanyalah sekadar kajian saya semata-mata. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
KAJIAN 5: MMAG - Cerminan Sejarah LamaMMAG terkenal dengan sifat 'pump and dump'. Suatu ketika dahulu, MMAG pernah mencapai harga RM 1.90. Kenaikan ketika ini adalah sekitar 300%. Kemudian, harga turun secara drastik menuju ke harga sebelum ini. Pump and dump ini hanya mengambil masa lebih kurang 38 hari sahaja. Harga naik dan turun sekelip mata. Kebiasaanya, kaunter saham yang mengalami pump and dump ini akan mengambil masa yang lama untuk recover dan harga akan bergerak sideways dalam tempoh yang sangat lama.
Hari ini, MMAG memberi kejutan sekali lagi. Awal dagangan, MMAG dibuka gap up dan harga terus menaik sehingga RM 0.585 iaitu sebanyak 15.84% sejak harga dibuka. Seminit kemudian, harga terus menjunam secara drastik daripada RM 0.585 ke RM 0.495. Kejatuhan sebanyak 15.38% hanya berlaku dalam seminit sahaja. Kemudian harga bergerak sideways sebelum meneruskan kejatuhan sekali lagi pada waktu akhir dagangan. MMAG ditutup pada harga RM 0.390 iaitu lebih rendah berbanding harga tutup semalam. MMAG hari ini mencatatkan kerugian sebanyak 21.21%.
Dari sudut Fundamental, QR menunjukkan MMAG membuat kerugian secara konsisten. Hasil (revenue) bertambah tetapi keuntungan merosot. Dalam 10 quarter, hanya satu quarter sahaja MMAG membuat keuntungan.
Kesimpulannya, pada hari ini, sejarah pump and dump MMAG pada time frame daily dilihat diterjemahkan semula ke dalam MMAG dalam time frame 1 minit.
"History repeats itself"
"Pelanduk sentiasa melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk"
Nota kaki:
* Pump = Harga ditolak naik secara mendadak.
* Dump = Pegangan dilepaskan / dijual secara mendadak.
* QR = Quarter Report.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
MMAG MENANTI KENAIKAN Jika diperhatikan MMAG, ia sedang dalam proses menaik dengan RSI telah melebihi 50, volume naik mendadak. Tidak pasti samada lompatan kecil atau besar tapi nampaknya pasti akan ada lompatan sedikit masa lagi. Ular lidi pun dah panjang beberapa bulan sbg penanda yang 85% saham telah berada pada jerung. Masuk je dalam senarai watchlist
MMAG 21 FEB 2021 | Masih diulit mimpi.Salam Sejahtera.
Sekadar ingin berkongsi pandangan analisa peribadi.
.
1. Carta Kaunter tidak menunjukkan cerminan bagi sektor teknologi yang menjadi tumpuan para pedagang sejak akhir tahun 2020.
2. Pergerakan harga masih berada di dalam fasa sideway yang mungkin menjadi fasa pengumpulan.
3. Jika para pedagang berminat dengan kaunter ini, dinasihatkan perlu berhati hati kerana carta menunjukkan corak Vtop pada sejarahnya.
4. Adakah kaunter bakal bangkit? mari sama sama kita perhatikan.
.
Selamat Berdagang.
.
TAYOR.
MMAG cubaan memecahkan resistantMMAG mencuri perhatian seketika dengan kemasukan volume melebihi moving average minggu lepas.
Price juga berjaya closing atas mid bb pada hari jumaat.
Sekiranya terdapat minat belian dan kemasukan volume, tidak mustahil MMAG berjaya memecahkan R 515 dan menuju target price 560.
Cadangan entry 0.485- 0.505.
SL: 0.475/0.420
TP: 0.515/0.560
Sekadar kajian dan pembelajaran. Tayor
MMAGKaunter sendiket turun-temurun. Jika dilihat 4 tahun kebelakang, pendapatan syarikat MMAG semakin menurun dari 233juta ke 75juta dari tahun 2016 ke tahun 2019. Manakala keuntungan tahunan dari tahun 2016 ke tahun 2019 adalah dari rugi 18 juta ke rugi 20juta. Untuk kenaikan 484% di dalam masa 30hari adalah cukup mencurigakan. Jika dilihat secara teknikal, terdapat juga kenaikan yang sama untuk beberapa tahun lepas ini jelas menunjukkan permainan para sendiket magi memerangkap para pelabur runcit.
Dari segi net cash syarikat juga turun dengan mendadak kepada -30juta, sila rujuk link imgur.com . Ini bermaksud, MMAG tiada duit di dalam syarikat dan mempunyai hutang yang sangat besar. Para pelabur dinasihatkan untuk tidak tertipu lagi oleh cara dagangan seperti ini.