idea dagangan NEXGRAM
NEXGRAM : candle seterusnya adalah?Kaunter risiko tinggi namun tinggi untung jika dah aturkan pelan dagangan yang sempurna.
Pada 23 Nov 2020, candle doji telah terbentuk menandakan ketidakpastian samada nak naik atau turun.
Maka candle seterusnya adalah PENENTU perjalanan kaunter ini pada hari seterusnya.
jika bullish candle akan naik untuk hari seterusnya dan begitulah sebaliknya jika bearish candle.
#Kajian Analisis Teknikal Saham Marhaen: Tujuan Pendidikan Sahaja.
Kenaikan yang konsisten!Berdasarkan fasa kenaikan Nexgram, 11 Julai 2020 Nexgram telah berjaya memecahkan rintangan terkuat jika dibanding dengan kenaikan pada tahun 2018. pemecahan rintangan pada titik 0.070 menjadikan rintangan seterusnya berada pada titik 0.10.
berdasarkan fibo, kini titik 0.08 merupakan rintangan yang perlu dipecahkan, sekiranya berjaya akan menuju ke 0.10 yang berada pada garisan 0.618 fibo. Resistance kemudian akan berlaku untuk memberi peluang kepada fasa pengumpulan sebelum kenaikan yang lebih tinggi.
TIBA #22 : NEXGRAM, Cuba Memecah Resistance Tertinggi 2 tahun=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter NEXGRAM secara umum menunjukkan "telah" memasuk Fasa "MARKUP".
Ini boleh dilihat dengan "Higher High pada harga RM0.45 dan Higher Low pada harga RM0.35.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras "resistence" pada harga RM0.45.
Paras resistence terkini dilihat sekitar RM0.07 dan support pada harga RM0.06.
Harga telah cuba memecahkan 52Week High dan paras resistance tertinggi sejak 2018. Carta juga menunjukkan volume semasa merupakan volume tertinggi dalam tempoh 2 tahun terkini.
Resistance dilihat telah bertahan dengan Candlestick Hijau gagal menujah Resistance pada tarikh 6 Ogos 2020.
Namun begitu, volume dilihat mengalami "kenaikan" yang konsisten dan purata volume menunjukkan peningkatan, menandakan minat "belian " yang semakin "berterusan". Kaunter ini dijangka meneruskan kenaikan dan memecahkan resistance yang dinyatakan.
2.0 CANDLESTICK PATTERN
Tiada Canclestick chart pattern dapat dikesan buat masa ini.
3.0 CHART PATTERN
*Reversal patterns turut dikesan dengan pattern Rounding (Uptrend) dilihat terbentuk seperti di carta.
4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat berada di bawah candlestick menunjukkan Hold / Buying Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang "berlegar" di paras "Overbought" menunjukkan momentum "belian" masih "menguat".
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini berada di sekitar ratio "23.6" menandakan kaunter mengalami "pullback yang sihat".
====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim " tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.
=============
TRADING PLAN
=============
STRATEGY : BUY ON REVERSAL
Entry Price : RM0.065
Cut Loss : RM0.055
Risk : 10%
Target Price 1 : RM0.09
Reward : 30.8%
Target Price 2 : RM0.12
Reward : 76.9%
Target Price 3 : RM0.16
Reward : 138.5%
==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)
#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham