idea dagangan ONEGLOVE
31 July 2019: GETS dalam zon konsolidasiPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5079 Green Energy Tech Solution (GETS)
1. Harga naik dengan mendadak pada 29 March 2019, dengan volum yang besar dari RM0.135 ke RM 0.375.
2. Harga berulang alik dalam kotak kosolidasi 1 selama 3 bulan.
3. Harga berjaya memecah zon konsolidasi 1, pada Julai, dengan volum yang besar.
4. Harga sekarang berada dalam zon konsolidasi 2, perlu memerhati mana arah harga seterusnya.
5. RSI masih neutral.
6. MACD bullish dan bermomentum.
GETS 20/07/19 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN1) Harga kaunter GETS pada tarikh 19/07/19 membuat lantunan semula pada garisan EMA 50
2) Kaunter ini akan lebih menarik jika harga mampu keluar dari kotak..
3) Terdapat momentum menaik pada indikator MACD..
4) Jika harga tidak mampu meneruskan lantunan maka aras sokongan terdekat boleh dijadikan
kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
hati hati dengan getshari ni tiba2 naik laju macam kereta terbang hanya kerana pengumuman director baru.
naik laju sangat kebiasaannya tak boleh bertahan lama.
ramai yang membeli julat 30sen ke atas, yang bagi saya dah tinggi.
kaunter macam ni kalau nak buat melabur tak sesuai, tapi kalau nak trade ok je. volume ada. kena berdisiplin jela jangan ada emosi. kena cutloss, cutloss je.
good luck rempit2 bursa semua.