idea dagangan PDZ
PDZ (BURSA)Berdasarkan volum 30minit pertama sesi pagi Bursa Malaysia. Pemetaan dibuat berdasarkan harga pasaran menggunakan teknik Sokongan dan Rintangan dalam selang masa Harian. Garisan biru adalah zon untuk mencari peluang belian sekiranya terdapatnya pengesahan di selang masa yang lebih rendah. Manakala garisan merah adalah merupakan jangkaan mengambil untung sekiranya belian dibuat. TAYOR
adakah pidijek nak kembalihati hati guys pdz banyak makan org dah ni..tak bole nak larang semua sebab aje je yang buat untung..yang ade ilmu cilok tang kona tu xde hal..yang ada masa nak monitor tu xde hal..yang dah mahir xde hal.yang ditakuti trader2 yang xde sume tu..yang hanya mengharapkan fast money..gudluck guys
PDZ : Teknik Trading Range1. Jika dilihat sebelum ini, harga telah naik tinggi disertai volume besar.
2. Selepas itu, berlaku penurunan harga kerana pengambilan untung. Ini boleh dikatakan correction harga kerana volume penjualan yang kecil sahaja.
3. Walaupon berlaku penurunan harga, tetapi hanya volume kecil. Ini menunjukkan "pelabur tersebut" masih ada dalam kaunter ini dan belum melepaskan pegangannya. Kaunter ini mungkin akan dipushkan sekali lagi ke paras yang lagi tinggi.
4. Indikator RSI berlegar-legar pada area 30-50%. Ini menunjukkan harga masih ada momentum untuk meneruskan kenaikan.
5. Indikator Stochastic pula menunjukkan oversold dan berlaku bullish divergence.
6.Kaunter ini boleh dikatakan masih lagi dalam uptrend kerana masih bertahan atas MA200 dan tidak turun melepasi paras permulaan kenaikan.
7. Jika mahu entry, boleh entry pada harga berdekatan support dan target price pada resistance 1. Jika pecah resistance 1, target seterusnya pada resistance 2.
Big View PDZ masih bullish?Jika melihat masa yang lebih besar, PDZ kelihatan masih bullish kerana berajaya melantun di atas sma50 dan suport trendline. harga sekarang kekal berada di atas semua ema dan kelihatan seperti sma50 ingin melintasi sma200 !!. jika dilihat pada carta bulanan, dapat dilihat bahawa kaunter ini baru bermula! support terkini 0.095, 0.1 dan rintangan kuat dapat dilihat di 0.125 dan 0.14. jika berjaya break 0.14 akan ada permainan yg cantik ! tayor!
PDZ : Kaunter untuk yang suka menggoreng..Kaunter gorengan kegemaran pedagang singkat.
1. MACD sudah bersilang pada jam 10 pagi.
2. Stochastic mula mendongak dari oversold.
3. EMA 21 sudah bersilang EMA34 pada jam 3 petang.
4. Lantai sekuat 0.100. SIling 0.110.
5. Pecah siling boleh goreng jangan sampai hangit. haha
#teknikal analisis saham marhaen
# tujuan pembelajaran sahaja.