PICORP macam ada barangPICORP menawarkan perkhidmatan industri seperti pengurusan kumbahan.
QR barai, tapi nampak usaha untuk mengurangkan kerugian.
Bilangan syer 690m, okay sederhana.
Kelihatan harga semasa sedang bertahan di atas MA22, 195.
225 adalah rintangan terdekat.
Masuk sekitar 200.
Kaunter ini uptrend. Calon swing. Volume mantap tu.
TAYOR.
idea dagangan PICORP
PICORP [S] 23 Jun 21 : menerbitkan Symmetrical Triangle1. PICORP telah membentuk Symmetrical Triangle dengan sempurna minggu lalu.
2. PICORP telah garisan rintangan dengan volume semakin meningkat.
3. Kemungkinan PICORP akan menuju TP 0.275 dan MFI belum mencapai overbought.
4. Apakah kemungkinan PICORP akan meneruskan kenaikan minggu ini? Wallahu'alam.
5. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja. TIDAK harus diambil sebagai nasihat pelaburan atau cadangan untuk membeli atau menjual. Sila buat kajian anda sendiri untuk sebarang keputusan.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
Picorp membentuk trianglesekali imbas, Picorp telah memulakan perjalanan dengan kemasukan volume yang besar selepas berehat panjang lebih dari setahun, di dalam traingle, bull lebih banyak menguasai daripada bear, emnunjukkan kemungkinan besar mengarah ke atas dengan cuaca cerah tanpa awan dihadapan, sma/ema 20 menjadi support dynamic yg sgt reactive apabila harga mula memantul apabila harga menguji sma/ema20. jika harga berjaya keka di atasl R205, menarik.
PICORP Masih mempunyai momentum untuk teruskan kenaikanPICORP hari ini menunjukkan daya tahan yang tinggi apabila kebanyakan pasaran merudum akibat daripada perjumpaan raja-raja pada petang tadi.
Minat belian dan momentum masih tinggi untuk terus membuat kenaikan pada hari kedepan dalam cubaan untuk memecah rintangan pada 0.23. Kemungkinan akan buat retracement sedikit atau terus membuat kenaikan untuk melepasi tahap rintangan tersebut. Masih lagi sesuai entry pada 0.19 - 0.225.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
PICORP(7201): Simetri Segi TigaPICORP membuat corak Simetri Segi Tiga. Jika dapat pecah ke atas, dan kekal di atas 0.225, berkemungkinan akan naik lebih jauh.
Indikator RSI sudah memecahkan trend menurun dan berada di atas point 50.
Garisan melintang sebagai panduan aras rintangan dan sambutan.
sekadar kajian dan pembelajaran.
PICORP Sedang Membuat Corak Bentuk Cawan & PemegangPICORP
Sektor : Industri Produk & Pengkhidmatan
Kategori : Kaunter superpenny
Pencapaian kewangan syarikat : Tidak memberasangkan ( Pendapatan Negatif/dagangan mengalami kerugian)
Analisis Teknikal:
Unjuran Cawan & Pemegang
Picorp dillihat sedang membuat corak kenaikan cawan & pemegang.
Area 'demand' berada pada sekitar 17 sen ke 18.5 sen (neckline).
Harga perlu berada di atas 19 sen untuk membuat unjuran menaik cawan & pemegang.
Unjuran menaik sasaran bagi pedagang 'swing' adalah sekitar harga 30.5 sen iaitu lebih kurang 60 % kenaikan dari harga 18.5 sen (area neckline).
Sekiranya harga gagal bertahan di atas aras 'neckline' harga mungkin turun membuat penurunan corak pemegang.
Jaga sokongan 'neckline' untuk berdagang dengan lebih selamat.
Paparan masa 1 hari:
1. Persilangan emas MACD telah pun berlaku menandakan kenaikan harga yang positif
2. Persilangan emas 2 ( MA 5 bersilang ke atas EMA 20) minat belian bertambah, harga semakin menaik, penggerakan berkadar 'uptrend'
3. Stochrsi sedkit menunduk kemungkinan berlaku sedkit pembetulan sebelum meneruskan kenaikan. StochRsi masih berada di paras 'oversold'
4. Rsi memberi reaksi kepada harga dalam keadaan momentum menaik
5. Candle berehat di atas sokongan gann 19 sen
6. Harga mungkin menurun sedikit ke aras sokongan vwap 18 sen
Harga sokongan 1 : 17 sen
Harga sokongan 2 : 15 sen
Harga rintangan 1 : 21 sen
Harga rintangan 2 : 23 sen
Ini hanyalah sekadar pandangan saya sahaja. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
Picorp ( Siri 2-10.6 )Picorp seperti telah di jangka telah rebound pada harga 0.170 dan close di atas ema5.
Jika esok masih kuat momentum di tambah dengan volume yang padu pasti akan dapat mencapai R1.
Dengan minat belian yang tinggi dan masih ada yang sangkut di puncak pastinya kaunter ini akan menjadi pilihan
Rsi masih ada momentum di atas 50
Stochastic masih belum bersilang lagi
Macd masih di bawah garisan
Vol pula telah overtake volume sebelumnya.
Boleh gunakan gann chart untuk SnR
Kajian pada 9.6.2021
ini adalah kajian semata-mata untuk tujuan pembelajaran. Tiada niat atau saranan untuk membeli dan menjual.
Sekian
TAYORR !!!
Picorp kajian pada- ( 9.6 )Idea analisis TA dari sudut nubis
1) Seperti mana telah diketahui, picorp telah mendapat kontrak di Mekah. Boleh rujuk di KLSE or Malaysia stok biz untuk info lanjut
2) Dari sudut TA, kaunter ini telah rebound di EMA20 ( 0.170 ).Jika bocor ema20 tunggu saja pada support yang seterusnya.
3) Selain itu, esok merupakan T4 kepada kaunter ini.
4) RSI masih lagi di atas 50 menunjukkan masih ada momentum
5) untuk dapatkan sharp shooter pastikan lihat support atau macd candle bersilang di garisan pada TF yang kecil.
6) Jika ada volume yang kuat, pasti akan pergi ke R1
Ini adalah kajian semata-mata untuk tujuan pembelajaran. Tiada niat atau saranan untuk membeli dan menjual.
Sekian
TAYORR !!!