idea dagangan PLANTATION
PLANTATION (Bertahan di Support)Sektor PLANTATION dilihat berada di paras support. Kali terakhir PLANTATION berada di sini adalah pada November 2020. Setelah itu PLANTATION terus membuat 52WH pada paras 7487 mata. Kenaikan ini melebihi 500 mata.
Adakah PLANTATION akan membuat pergerakan di atas? PLANTATION dilihat seakan-akan membuat double bottom . Sekiranya berjaya bertahan di paras sokongan ini berkemungkinan amampu mencabar kembali paras 7487 mata. MACD juga telah membuat golden cross di kawasan negatif. Mungkin masa yang akan menentukan pergerakan seterusnya index ini.
Apa pula pendapat anda?
Nota kaki:
-52WH= 52 Week High. Keadaan di mana pergerakan mencapai paras tertinggi dalam setahun
-Double Bottom= Apabila berada di paras sokongan yang lepas. Berkemungkinan besar akan membuat pergerakan ke atas sekiranya mampu bertahan di paras sokongan terdahulu.
SEKTOR PLANTATION MEMPUNYAI POTENSI TETAPI PERLU BERHATI-HATISEKTOR PLANTATION MEMPUNYAI POTENSI TETAPI PERLU BERHATI-HATI
1. Bursa Malaysia Plantation Index telah membuat kenaikan
2. Trend semasa adalah bullish. Berpotensi menuju ke 8830 mata
3. Sedang membuat pattern 'ascending channel'
4. Walaubagaimanapun oscillator indicator (RSI) menunjukkan bearish divergence. Hati-hati, kemungkinan ini signal sektor plantation akan bertukar ke bearish
5. Jika sektor plantation meneruskan kenaikan, apakah kaunter-kaunter yang menjadi tumpuan? Jom, sama-sama buat kajian!
6. Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah al-Saba, ayat 39)
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
16 INDEKS PLANTATIONSektor PLANTATION dalam diam membuat kenaikan dan sedang menuju paras setahun
Namun, Saham-saham dari sektor ini juga dilihat sedang ada permintaan berdasarkan berita baru-baru ini
yang menyatakan india meningkatkan permintaannya dalam minyak kelapa sawit.
Indeks ini diteliti menggunakan
MA line
TRENDLINE
RESISTANCE & SUPPORT PRICE
Perladangan : Momentum menaik (E01)1. Sektor perladangan dilihat berada pada momentum menaik dan dijangka akan menguji paras rintangan semasa.
2. Sekiranya paras sokongan semasa berjaya dipecahkan, perladangan berpotensi utk meneruskan kenaikkan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Sektor Plantation berjaya memecah resistance !!!1. Diam-diam sektor plantation berjaya memecah resistance terdekat yang dibuat pada bulan 7 lepas
2. Sektor ini dijangka meneruskan lagi kenaikan pada minggu depan
3. Syarikat yang berkaitan dengan sektor ini boleh di watchlist seperti FGV, JTIASA ,SIMEPLANT dan RSAWIT
Peladangan bagi isyaratSudah ada carta kenaikan yang bermula pada hari Isnin. Saham dari sektor ini pun sudah mula bergerak dan bertukar warna ke hijau. Minggu ini tahap 7196.56 mata menjadi halangan utama.
Kenaikan harga kelapa sawit memberi dorongan bagi kenaikan saham dalam sektor ini.
Saham papan utama yang aktif pada hari selasa adalah BPLANT, JTIASA, FGV, TDM dan RSAWIT.
Hanya satu sahaja saham ACE iaitu MATANG dalam sektor ini.
Sekian.
Plantation MelantunMinggu ini dilihat sedikit kelainan. Indek tidak dapat jatuh pada sokongan 6029.67 mata dan melantun balik. Sekarang 6201 menjadi sokongan baru. Lantunan itu agak kuat sehingga cuba melepasi SMA 20. Walaupun tiada kekuatan yang besar kemungkinan indek ini akan membuat kenaikan lagi.
FGV, RSAWIT, TDM, JTIASA dan BPLANT mempunyai volum yang tinggi pada hujung minggu.
Sekian.
Rectangle BreakoutPergerakan pada carta menunjukkan index plantation berada dalam keadaan aliran menaik disokong oleh purata pergerakan harga 7 hari serta purata pergerakan harga 200 hari.
Carta juga menunjukkan telah berjaya memecahkan aras rintangan corak kesinambungan carta segi empat pada 6884.19 mata yang memberikan jangkaan bahawa index plantation berpotensi untuk meneruskan kenaikan menuju aras rintangan seterusnya 7132.57 mata.