PMBTECHKesan kenaikan harga aluminium telah memberikan impak positifi kepada harga saham syarikat ini juga.
Dapat dilihat harga telah menembusi corak 'cawan' dan paras jangkaan seterusnya adalah seperti yang ditanda.
Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
idea dagangan PMBTECH
PMBTECH menghampiri sasaran?1. PMBTECH menghampiri sasaran setelah berjaya memecahkan rintangan yang berada pada aras 6.280
2. kemungkinan harga akan mencari atau mencuba semula aras sokongan terdekat
corak carta : cawan
Carta : harian
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
PMBTECH [S] MEMBUAT BREAKOUT ALL-TIME HIGHPMBTECH MEMBUAT BREAKOUT ALL-TIME HIGH
1. PMBTECH pada hari ini telah membuat breakout all-time high dengan volume yang signifikan
2. Pattern cup & handle (atau saucer?) juga telah terbentuk dengan sempurna
3. Ke mana arah tuju PBMTECH dalam masa terdekat? Sama-sama kita saksikan
4. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
13 Mac 21: PMBTech dalam mod kenaikan kuatPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
PMBTech
1. Harga naik secara parabolic dan mencapai matlamat Fibo 200% (RM6.02).
2. Harga semasa berada di atas kesemua EMAs yang semakin lebar jarak antaranya, ini bermakna kenaikan semasa amat bermomentum.
3. MACD juga di zon bullish dan bermomentum.
PMBTECH BBD Signal menghijauPada 31/7/2018 kami telah kongsikan satu indikator yang boleh anda gunakan secara percuma iaitu indikator BBD_signal, indikator ini boleh digunakan sebagai pengesahan sahaja, bukan untuk kegunaan signal pembelian dan penjualan. Anda memerlukan indikator lain untuk tujuan pembelian dan penjualan. Namun daripada posting indikator yang lepas, kaunter PMBTECH ini telah mengeluarkan signal BBD_signal hijau dan disahkan dengan fractal buy signal. Pada hari berikutnya, kaunter ini membuat kenaikan yang mendadak. Dijangkakan ia akan membuat kenaikan sehingga menyentuh atau hampir menyentuh garisan trend. Dilihat daripada history yang lepas, kaunter ini sangat sesuai menggunakan BBD_signal sebagai panduan untuk bermain short term trading.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
PMB TECHNOLOGY BHD kenaikan sebanyak 17%Tahniah kepada pemengang saham PMB TECHNOLOGY, berdasarkan analisis menggunakan carta harian dan carta 5 minit tempoh hari, signal pembelian bermula 2.780 sehingga hari ini 3.250 sebanyak hampir 17% kenaikan. Targetkan jualan anda pada harga 3.400 selagi mana signal sell belum kelihatan. Tambahan pula sektor TECHNOLOGY sedang menguasai. TAHNIAH sekali lagi.
PMB TECHNOLOGY BHD carta 15 minitSuatu penerangan ringkas analisis Channel Trend menggunakan carta 15 minit terhadap saham PMB TECHNOLOGY BHD rentetan daripada analisis carta harian. Untuk pengetahuan, analisis yang sebenarnya menggunakan carta 5 minit, oleh kerana tidak dibenarkan untuk menerbitkan idea menggunakan carta 5 minit, jadi Channel Trend terpaksa menunjukkan analisis menggunakan carta 15 minit. Sebarang pertanyaan boleh diajukan diruang komen. Terima kasih.