idea dagangan ROHAS
ROHAS dalam PembinaanRohas sedang meniti sokongan pada channel.
Harga yang didagangkan adalah dalam lingkungan kotak yang dipaparkan, yang membentuk sokongan dan rintangan. Boleh menggunakan teknik membeli semasa BO kotak. Kemungkinan akan menguji Down Trend Line dan Major Down Trend Line sebelum memantul dan mencari sokongan baru.
Harga juga berehat di atas garisan Kijun, sudah melepasi awan Ichimoku.
Keadaan semasa: MACD kelihatan okay, manakala RSI sudah agak tinggi. Volume semakin mengurang.
EP: 430
sokongan: mid BB
rintangan: down trend line
Ini bukan panggilan pembelian, sekadar perkongsian analisa.
Jaga modal anda.
Rohas masih bullishStochastic menunjukkan price membuat sedikit pullback apabila bertemu EMA 50 (ungu), dan kemudian mula cross kembali ke atas menunjukkan momentum bullish.
Harga pula kini berada di atas EMA 50. RSI menunjukkan masih jauh lagi untuk sampai ke paras overbought menunjukkan masih ada lagi kebarangkalian untuk naik.
Harga sasaran yang realistik ialah:
0.475
0.520
iaitu sebelum ia bertemu EMA 200 (oren) dan juga downtrendline, yang mana mungkin akan berlaku retracement berikutan bertemu dengan rintangan.
Paras sokongan ialah 0.400.
ROHAS : HARGA BERADA PADA PARAS RINTANGANROHAS HARGA TIDAK BERJAYA TUTUP DI ATAS PARAS RINTANGAN 0.625 . SOKONGAN TERDEKAT 0.595 . BOLEH PERHATIKAN PADA HARI BERIKUT SAMA ADA KAUNTER ROHAS NI BERJAYA UNTUK MELEPASI 0.625 ATAU TIDAK.
JIKA BERJAYA BERADA DI ATAS PARAS RINTANGAN 0.625 SELEPAS MARKET TUTUP MAKA KEMUNGKINAN KAUNTER INI AKAN MENERUSKAN KENAIKAN ADALAH TINGGI. RINTANGAN YANG HARUS DIPECAHKAN ADALAH PADA PARAS 0.665.
TUNGGU DAN LIHAT.
BOLEH KOMEN DIBAWAH JIKA IDEA INI MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA.
SAYA SEDIA MENERIMA SEBARANG KOMEN DARI ANDA.
KAUNTER KAJIAN UNTUK DIPERHATIKAN – ROHASKAUNTER KAJIAN UNTUK DIPERHATIKAN – ROHAS
10 DISEMBER 2019
ROHAS – Patuh syariah
Adalah kaunter saham pilihan untuk dikaji
Mempunyai fundamental yang baik.
Aliran trend menaik
Harga telah untuk melepasi MA50 dan Awan Nano
Teknik beli: Breakout pada Resistance
Selamat melabur dan berdagang saham.
Rohas.. sesuatuRohas berpotensi melakukan bullish reversal. Melantun di fibonacci 61.8, dan kemudiannya membuat doji di EMA 50. Hurm memang sesuatu.
Reversal confirmation adalah apabila berjaya breakout 0.645.
Ada candle merah besar sebelum ni?? Tengok balik sejarah dia dua bulan lepas. Marubozu merah takde hal untuk dia makan ;p
ROHAS menunggu reboundKejatuhan mendadak bawah paras 0.50 fibo (0.665)
Harga dijangkakan menurun ke support yang seterusnya.
Untuk diperhatikan sekitar 0.60(RBS)-0.610 (fibo 0.786) untuk teknikal rebound sekiranya RSI oversold <30.
SL 0.57
-
PENAFIAN:
Perkongsian adalah untuk sekadar kajian.
Tiada jaminan diberikan mengenai ketepatan perkongsian ini dan tidak boleh ditafsirkan sebagai cadangan untuk membeli/menjual.
Para pelabur perlu membuat keputusan sendiri