idea dagangan SCIB
Siri 1 #KarimMusk: SCIB Syarikat ini menawarkan barangan pembinaan, mempunyai prospek perniagaan yang sangat baik diterjemahkan dalam laporan QR.
SCIB telah BO daripada falling wedge, pembetulan akibat daripada corporate exercise sebelum ini.
Namun, harini telah membuat kembali semula.
Disokong dengan MACD yang hampir GX dan SRSI yang positif ke atas.
Volume baru masuk harini agak kuat.
Dengan sokongan di tengah candle 1.86.
Rintangan di sekitar 2.31. Dalam temu ramah dengan MD syarikat, Dato Karim ada menyasarkan modal pasaran SCIB sebanyak 2.5 bil MYR. Jika dikira-kira sekitar 2.50 MYR unit sesaham. Kasi Swing!
TAYOR. Ini bukan panggilan pembelian, sekadar perkongsian kajian.
SCIB - REVERSALSectors: Industrial Products, Sarawak, Building Materials, Industrial Products & Services
1. SCIB menutup dagangan hari ini di menembusi MA20 dan MA50, satu petanda yang cukup baik.
2. Disokong dengan peningkatan volume hampir 8 kali handa dari volume dagangan semalam.
Support : 1.64
Resistance : 3.08
SCIB: Menguji EMA90 Sebagai Aras Sokongan Kuat1. Kejatuhan nilai saham kaunter ini sedikit sebanyak merungsingkan ke mana arah seterusnya.
2. Walaupun dengan FA yang agak baik, tidak semestinya akan beterusan naik. ada pasang surutnya.
3. Jangkaan jika berlaku lantunan pada EMA90 ini, bermakna ADA harapan untuk kaunter ini bernafas semula.
4. Jika TIDAK, menurunlah harga sehingga menguji EMA200 sebagai peluang akhir untuk bangkit semula.
5. Mari saksikan drama SCIB!..:)
#sekadarpandanganperibadi
#FIBOsebagaiSnR
#TAYOR
SCIB- QR MANTAP DAN PULLBACK ENTRYPerformance review. Credit to Street Trader
1. SCIB telah mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak RM185.6 juta, meningkat sebanyak 542% berbanding suku yang sama pada tahun lepas. Mereka juga mencatatkan 'profit before tax' (PBT) sebanyak RM33.7 juta berbanding RM962k pada suku yg sama pada tahun lepas.
2. Peningkatan yang signifikan ini banyak disumbangkan daripada segmen EPCC di timur tengah terutamanya Oman dan Qatar.
3. 'Manufacturing division' merekodkan revenue yang lebih rendah berpunca daripada permintaan yang rendah disebabkan oleh MCO.
Prospects for the next year
1. Ekonomi Malaysia dijangka akan bertambah pulih pada tahun ini berdasarkan data GDP yang terkini. Malah GDP Malaysia adalah lebih baik berbanding jangkaan beberapa institusi seperti IMB,World Bank dan Moody's.
2. SCIB juga akan turut meningkatkan partisipasi mereka dalam menyokong Environmental Social Governence (ESG) yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur.
3. Antara inisiatif yang ingin dilakukan oleh SCIB adalah untuk membuat Industrial Building System(IBS)
4. Apakah itu IBS, ringkasnya ,ia boleh diumpamakan sebagai membina rumah menggunakan bahan-bahan yang telah siap seperti lego. Cuma pada skala yang lebih besar dan mahal. Antara sebab IBS menjadi semakin popular adalah kerana ia boleh mengurangkan pencemaran kepada alam yang selari dengan visi ESG.
5. SCIB merupakan precast concrete dan IBS manufacturer yang terbesar di Borneo dan banyak projek-projek di Sarawak yang bakal mereka lakukan. Dalam Bajet 2021,terdapat bajet sebanyak Rm4.5B dicadangkan untuk Sarawak bagi memperbaiki taraf hidup daripada isu air,elektrik,infrastruktur dan lain2.
6. SCIB juga mempunyai beberapa projek infrastruktur di luar negara yang agak menarik.
- Qatar akan menganjurkan FIFA 2022
-UAE akan menganjurkan World Expo
7. 3 strategi utama yang SCIB pegang bagi meningkat nilai untuk jangka masa panjang.
-memperkasakan 'in-house construction'
-Memperluaskan 'geographical presence'
-Mencari technology partnership seperti 3d printing yang boleh meningkatkan efisiensi.
TA STRATEGY
EP - 1.9
TP - 2.00
LTP - 2.51
CL- Jika paras harga tutup dibawah 1.85
SCIB (GOOD FA) -Scib berinteraksi dengan Upper Channel Sebelum ini
- Bollinger Band ada signal perubahan trend
-Harga perlu Maintain Atas Upper Channel Baru boleh cari entry dengan yakin.
-Untuk Long Term Boleh Tunngu sikit lagi, Bagi Retrace habis dulu.
FA
-Berkemungkinan dapat projek FIFA 2022 Qatar
SCIB harga diskaun berpotensiLaporan suku tahunan yang telah keluar dengan keuntungan tinggi pastinya akan menjadi perhatian pedagang-pedagang. Lilin dilihat sedang menguji sokongan sambil meniti di atas SMA 50. Dengan laporan suku tahunan yang baik pastinya boleh naik semula. Permainan kewangan suku tahunan dilihat agak menjadi penentu apabila banyak kuanter jatuh menjunam disebabkan QR rugi atau kurang untung. Ini menunjukkan pedagang semakin matang yang mana lebih cenderung memilih kuanter memiliki FA yang baik. Walaubagaimanapun, pedagang-pedagang harus berwaspada kerana sokongan Fib Retracement 0.618 telah bocor dan dilihat sedang cuba untuk masuk semula ke zon 0.618.
$SCIB di bawah Seliaan Billionaire Malaysia ke-36Technical Analisis :-
1. Stochastic sudah Golden Cross di area oversold
2. Kemunculan revearsal cande (bullish harami) telah muncul di area fibonacci 0.618.
3. bakal memecahkan downtrendline satu bulan.
Fundamental analisis:-
1. satu syarikat yg dikelolai oleh seorang yang laparkan perniagaan. membuat turnaround semenjak 2019 pengambil alihan dari Dato Karim. Ini adalah justifikasi P/E syarikat yang tinggi.
2. beza dengan syarikat construction yang lain adalah syarikat ini produce material pembinaannya yang tersendiri terutamanya IBS material.
3. mereka target untuk memulakan 3D printing facilities pada May 2021, ini akan meningkatkan lagi pendapatan syarikat.
4. Target order book untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM 2.5bill, dimana RM1.7bill sudah di dalam genggaman syarikat. tambahan project yang baru award di Qatar dan Pan Borneo menambahkan lagi kebolehcayaan peabur untuk syarikat ini.
5. Nama Dato Karim tidak asing lagi di middle east, kerana beliau telah menempa nama di persada timur tengah melalui syarikat Serba Dinamik. Tidak mustahil untuk memberi 10% nilai projek Serbadk kepada SCIB.
6. Inilah berlian yang tersembunyi untuk membesarkan capital anda.
7. Dengan ayat ini pada artikal terbaru SCIB "In the past SCIB has been very focused in Sarawak. Tapping into our track record, we are expanding our businesses outside of Malaysia to grow our order book to RM2.5bil this year 2021". Target kajian saya, SCIB bernilai RM4 pada tahun 2021.
P/S: Kajian semata2. Bukan panggilan pembelian. Saya Dari Masa Depan.
SCIB [S] MEMBUAT PENURUNAN LAPAN HARI BERTURUT-TURUTSCIB MEMBUAT PENURUNAN LAPAN HARI BERTURUT-TURUT
1. SCIB telah membuat candle merah 8 hari berturut-turut
2. Pada hari ini (19 Feb 2021), harga telah menguji garisan EMA 50 serta Fibo 61.8%
3. Ke mana arah tuju pergerakannya pada minggu hadapan? Sama-sama kita saksikan
4. Bukan saranan beli tetapi saranan kaji!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview hanya untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
SCIB Terus Memberikan Tekanan Esok?SCIB hari ini turun pada paras sokongan pada harga 2.02 untuk kali ketiga. Seolah-olah ia akan menjadi support yang kuat andaikata ia tidak dibocorkan esok. Adakah ia akan berjaya bertahan atau akan terus turun untuk memberikan tekanan kepada pemegang saham SCIB esok?
FUNDAMENTAL ANALISIS
1. SCIB dilihat sebagai mempunyai pergerakan dan rekod cemerlang pada QR yang menerupai Kpower. Jadi sesetengah pelabur melabel ia sebagai saham adik beradik dengan Kpower.
2. Peningkatan SCIB ini juga berkait dengan perubahan yang dibawa oleh Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes SCIB dengan reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang sama seperti Kpower.
3. Pada 2020, SCIB dikatakan berjaya mencatatkan 1.9 Billion Order Book. Untuk tahun 2021, Pengurusan SCIB dikatakan yakin akan mencatatkan kira-kira 2.5Billion order book. Ini menjadi catalyst yang kuat untuk kenaikan SCIB.
4. SCIB terlibat dalam sektor Material Construction. Pasaran Market untuk projek SCIB kebanyakan juga diperoleh dari luar negara seperti Qatar, Sri Lanka dan Nepal memberikan gambaran bahawa SCIB mampu berkembang secara global tanpa hanya bergantung kepada projek-projek tempatan yang terhad.
5. Sebagai rekod peningkatan QR SCIB juga terus meningkat seperti di bawah,
Q4 19 mencatatkan keuntungan +0.8juta, 2.8% daripada 28.6juta perolehan.
Q1 20 mencatatkan keuntungan +4.3juta, 8.3% daripada 51.8juta perolehan.
Q2 20 mencatatkan keuntungan +5.1 juta, 5.3% daripada 94.9juta perolehan
Q3 20 mencatatkan keuntungan +12.4juta, 6.8% daripada 183.7juta perolehan.
6. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga Kpower.
7. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham SCIB.
TEKNIKAL ANALISIS
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 27hb Januari yang lalu di 3.08, SCIB dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada paras support yang sama untuk kali ketiga. Jika ia mampu bertahan daripada bocor, ini bermakna ia akan menjadi support yang kuat untuk SCIB meneruskan kenaikan.
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri Fibonachi Retracement 0.5 pada harga sekitar 1.96.
3. Jika Fibonachi retracement ini tidak mampu menjadi support yang kuat, ia dilihat mampu turun lagi sehingga mencecah MA50 sekitar 1.8. Support seterusnya adalah pada classical support di 1.73.
4. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
5. Penurunan harga pada 9hb Feb juga dilihat bersama volum yang tinggi. Namun pada hari-hari berikutnya, penurunan harga sudah dilihat volum dapat diserap disekitar purata volum, menunjukkan Penjual tidak ramai.
6. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak rendah ke paras RSI 50.
7. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan dikawan oversold zone, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah SCIB akan terus menekan pemegang saham esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin SCIB mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang saham SCIB merasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini pada esok hari?
Khairul Hafiz