SUNCON - Gerakan Garfu Pitchfork dan FibonacciSunway Construction Group Bhd (SUNCON) telah mengalami kejatuhan harga hampir setahun bermula dari 12 Jan 2018 sehingga 21 Dec 2018. Pada 3 Jan 2019, momentum harga SUNCON meningkat dan harga saham naik dengan baik mengikut aliran channel pitchfork menuju ke paras tertinggi setahun iaitu RM2.09. Perubahan trend keatas ini disokong oleh pandangan positif pelabur pada perubahan rancangan pembangunan negara (sebagai contoh pelan pembangunan Bandar Malaysia dan ECRL).
Selain itu, uptrend tersebut disokong oleh Fibonacci Retracement (Fibo) dimana harga RM2.00 pada masa kini berada di atas paras support RM1.98 dan menjadikan pembelian mempunyai risiko yang rendah. Berdasar analisis Fibo juga, resistance seterusnya didapati pada paras harga RM2.13 yang juga boleh dijadikan sebagai Trailing Stop Loss sebelum meneruskan kenaikan ke paras RM2.35.
Dari segi fundamental, keuntungan syarikat menunjukkan peningkatan positif dan konsisten serta disokong kuat oleh EPF, ASB2, Citibank New York, Great Eastern, PNB dan banyak dana-dana besar terkemuka lain.
-M.H.N.Jimmy@isaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
idea dagangan SUNCON
8 Apr 2019: Suncon kenaikan yang sihat1. Harga menaik dengan perlahan dan sentiasa berada di atas semua EMAs
2. Harga dan Volum divergence, harga makin naik tetapi volum makin turun. Harga mungkin akan turun dulu.
3. Kenaikan harga masih sihat selagi berada di atas EMAs
4. MACD di zon Bullish
5. Stochastic Overbought, harga mungkin turun dulu
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Sunway Construction (SUNCON) Melepasi Garis MA 200.SUNCON (MYX:5263) melintas ke atas garis MA 200 pada daily timeframe hari ini, mungkin dipacu dengan berita baik menerima kontrak berjumlah RM781.3 juta pembinaan kampus TNB di Bangsar (www.thestar.com.my)
MACD membuat silangan semalam dan RSI berada pada paras yang tinggi menunjukkan momentum yang kuat untuk kaunter ini.
Patuh shariah: Ya
Skor Fundamental iSaham: 4.2
Skor Teknikal iSaham: 5.5
Skor Purata Alpha Indicator: 7
* Sekadar pandangan seorang trader baru.