TALIWORKS - Menuju Harga Tertinggi Taliworks Corporation Bhd (TALIWRK) telah membuat percubaan kali yang ke-tiga untuk memecah rekod harga tertinggi dan juga sebagai resistance pada RM1.020 berdasarkan bacaan fibonacci retracement. Harga terkini berada di sekitar RM0.95 dan support yang berhampiran adalah RM0.895 (RBS) berdasarkan carta TALIWRK. Ekoran itu, perjalanan harga saham TALIWRK telah memasuki laluan bullish pitchfork dan menunjukkan kenaikan yang bertahan dari bulan April 2019. Secara ringkas saham TALIWRK mempunyai potensi untuk Breakout harga tertinggi sepanjang masa dan jangkaan kenaikan harga akan mencecah paras RM1.375 berdasarkan fibonacchi retracement.
Dari segi aspek fundamental pula TALIWRK menjalani perniagaan berkenaan rawatan air, pengurusan Tol, pengurusan sisa pembuangan dan lain lain lagi. Syarikat ini dipegang oleh institusi kewangan malaysia seperti Lembaga Tabung Haji, Employees Provident Fund dan lain-lain. Kehadiran institusi ini menunjukkan Taliworks Corporation Bhd mempunyai potensi untuk lebih maju pada masa hadapan.
Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)
Entry: Di paras support
Support: RM0.895
Resistance: RM1.020
Target 1: RM1.375
Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.
-M.H.N.Jimmy@iSaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham
idea dagangan TALIWRK
Pergerakan harga TaliworksKaunter utilities ini berjaya membuat pantulan dari paras fibo retrancement 50% pada minggu lalu dan berjaya
melepasi paras fibo 61.8% pada carta harian (rujuk rajah sebelah kiri) dan stochastic indikator menujukan buy signal.
Berkemungkinan akan ada momentum kenaikan pada minggu hadapan dengan syarat pengumuman positif pada
quarter report nanti.
Harga pada carta mingguan pula sudah berjaya melepasi paras fibo 78.6%, sekiranya pada minggu hadapan
kaunter ini mampu meneruskan momentumnya, besar kemungkinan untuk mencapai harga tertinggi sebelum ini
adalah perkara yang tidak mustahil.
TALIWORKS - Bersedia untuk breakoutCIMB baru2 ini mengekalkan 'ADD' kepada TALIWORKS dengan target harga masih pada RM1.08, di mana ia menjadi benefisiari utama kepada penstrukturan semula industri air di Selangor. TALIWORKS masih dinilai dengan harga sahamnya pada harga diskaun kepada nilai aset bersih yang dinilai semula (Revalued NAV) sebanyak RM1.20.
-Harga tertinggi/rintangan FY19 pada 0.945
-Masih kekal uptrend sejak Januari 2019 lalu
-RSI/Stoch masih healthy
-FA juga baik untuk pelaburan
-QR seterusnya FY19 pada Hujung bulan May
*monitor untuk peluang entri seterusnya.
Siapa Yang Lebih Berpotensi? Malakoff & TaliworksIsyarat Kekuatan / Kelemahan di carta:
1. Malakoff
a. Latarbelakang yang lemah (peringkat mark down)
b. Smart money menjual di Pullback di downtrend
2. Taliworks
a. Latarbelakang yang kuat (peringkat markup)
b. Pengumpulan semula dengan shake out
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Taliworks: Bull trend pecah juaTaliworks sudah pecah 'mid term bull' dan kini yang tinggal adalah major bull run. Sokongan untuk major bull run, saya tetapkan pada 790 dan jika ianya pecah, maka Taliworks bukan lagi ekuiti yang bergerak dengan pergerakan BULL dengan sokongan terhampir adalah 760 dan 720; masing-masing boleh dicapai dalam bear trend yang baru nanti. Tapi sekiranya ia rebound di atas 790, maka Taliworks adalah sebuah ekuiti yang sangat hebat di mata saya.
Untuk yang tidak tahu, major, mid dan short term movement ini ada dalam teori Dow. Bolehlah rujuk yang lebih pakar untuk maklumat lanjut.
Rating saya adalah neutral buat masa ini.
Adakah Wang Bijak mengusir padagang-pedagang lemah di TaliworksMenganalisis pasaran saham menggunakan isyarat Volume Spread Analysis (VSA) dapat mengesan ketidakseimbangan penawaran (supply) dan permintaan (demand). Isyarat shakeout adalah cara yang digunakan oleh Wang Bijak untuk mengusirkan pemegang lemah daripada pasaran.
Berdasarkan carta harian di atas, Taliworks harga pasaran jatuh kebawah paras sokongan pada 22 Oktober. TradeVSA telah mengesan potensi pembelian tersembunyi pada 25 Oktober iaitu isyarat Spring. Selepas itu, harga ditutup kembali ke paras pengumpulan semula pada 2 November.
Isyarat Spring adalah shakeout terakhir oleh Wang Bijak untuk menghapuskan semua padagang-pedagang yang lemah. Pada masa ini harga sedang bergerak ke sisi dalam tahap pengumpulan semula dan menawarkan peluang perdagangan yang berisiko rendah. Tunggu isyarat Spring atau No Supply pada tahap sokongan untuk memberikan anda kelebihan yang lebih baik. Wang Bijak biasanya akan menguji bekalan pada tahap sokongan
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah under rujukan persendirian dan untuk pendidikan saham sewajar. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Screener untuk cari trendband cantikSatu lagi screener mudah yang sesuai untuk mencari kedudukan trendband yang cantik.
Konsep asas tetap sama, cantik bermaksud posisi moving average berada dalam keadaan bullish.
Bukan terus boleh jual beli yer.
Ianya lebih kepada mencari potensi stock, dan perlukan lebih analisa sebelum bertindak.
TALIWORKS 23/11/18 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN
1) Kaunter TALIWORKS pada tarikh 23/11/18 masih berada dalam kawasan pengumpulan ..
2) kaunter ini mungkin telah melengkapkan fasa menaik dan fasa pembetulan..
3) Adakah kaunter ini akan memulakan fasa menaik @ fasa menurun yang baru ??
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
Tali akan retrace@sideway sebelum menruskan kenaikanwave dalam carta menunjukkan sedang menaik.
sekarang berada di aras sokongan namun dijangka akan turun sedikit dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Berpandukan pada stoc rsi dia berada pada oversold masa untuk membeli.
perhatikan signal reversal@buy bila candle turun ke trendband@garisan trenline yang telah dilukis.
TALIWORKS menjadi 3 askar putihSaham TALIWORKS sudah 3 hari menaik dengan volume yang padu, VPA pada saham ini sangat valid. Oleh kerana itu, berkemungkinan esok akan ada retracement. Pada 3 candle yang terakhir itu kalau dirujuk pada chart channel diatas, terdapat tiga jenis breakout, tahukah anda apakah tiga jenis breakout tersebut?
TALIWORKS tf15 berada pada momentum yang kuatPada 3 Julai di dapati signal merah vertikal kelihatan pada 3:45 petang, kedua pada 4 Julai pada jam 4 petang dan terakhir pada hari ini 5 Julai signal merah vertikal kelihatan pada jam 9 pagi dan 10:45 pagi. Seeloknya pembelian dibuat pada awal signal merah vertikal kelihatan.
TALIWRK - menunggu atas aras breakoutDalam suasana pasaran yang jelas dikuasai oleh penjual, tidak digalakkan untuk terlalu kerap berdagang..Tempoh dagangan juga perlu lebih singkat dan tidak mengharapkan pulangan terlalu tinggi..
Bagi chart taliwrk, peluang entri hanya jika harga naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini..