Indek Teknologi terus melangkah naikAkhirnya indek teknologi dapat menembusi ringtangan 40.98 mata. Namum hari jumaat penhujung minggu telah membuat gap down pada pembukaan. Isu luar negara yang menganggu prestasi sektor ini. tapi akhirnya indek ini mahu kembali ke status asal. Mengikut RSI, sektor ini masih lagi ada ruang untuk meneruskan kenaikannya. Ini kerana iaya baru lagi melepasi breakout. sekian.
idea dagangan TECHNOLOGY
Indek Teknologi mengumpul tenagaSepanjang minggu lepas, indek teknologi hanya bermain sekitar 38-40 mata. Masih menunggu sebarang katalis baru dan berehat seketika. 37.92 adalah support dan 40.98 adalah rintangannya. Indek ini terlalu laju sehingga ianya sudah menghampiri puncak tertinggi yang pernah di buat dalam tahun ini. Puncak yang pernah di lakukan pada tahun 2018 pun sudah tidak jauh. Ini adalah rintangan yang besar yang bakal di harungi. Tidak hairanlah minggu lepas banyak stok dalam sektor ini mengalami penurunan. Sekian.
Kaunter Teknologi minggu depan (9-12 Jun 2020)Fuh gila V shape. Tech dah lepas resistance kuat 38.20 dan BDTL kejatuhan dari awal tahun. Setiap yang naik pasti akan turun seperti juga kita setiap yang hidup pasti akan mati. adehh... Tanda syaiton pembisik sudah mula keluar di Indi Meg menandakan ramai retailer membuat serbu menghurung berrebut2 berada di puncak. Manakala jerung sedikit demi sedikit meninggalkan dunia tech. Perhatikan bar merah semakin menurun. Tapi... masih belum terlambat untuk bertaubat kerana semalam Nasdaq memberikan sinar cahaya dihujung terowong. Mungkinkan tech kaunter di BSKL akan dapat sinar dari cahaya Utara Nasdaq? yang pasti Kaunter Tech minggu depan perlu Rest In Peace. Dasar kubur di kedalaman 38.20. Hati2 kaunter tech
Indek Teknologi hendak berehatDari 1 jun, Indek teknologi sudah mula menunjukkan sideway. Mungkin sudah sampai masanya sektor ini berehat seketika bagi memberikan sektor-sektor lain pula bergerak. RSInya pun sudah turun melepasi 80% dan ada penunjuk ianya akan turun seketika atau pun berlegar-legar 37 mata. Namum kita kita boleh nafikan masih ada saham-saham teknologi masih ada minat belian yang tinggi. Terutama yang terkena tempias dengan COVID-19. Sekian.
Indek TeknologiIndek teknologi telah mendaki dengan begitu cepat untuk baikpulih bagi menyamai tahap tertinggi yang di buat pada bulan Januari 2018. Kurang daripada 13 % lagi trend indek akan kembali memecahi rekod untuk tahun 2018 tersebut. Apabila melepasi 44.24 mata, indek ternologi akan mencapai tahap tertingginya. Walaupun begitu, ianya perlu untuk melepasi dahulu tahap ringtangan 42.15 mata. Ini menberi dorongan kuat untuk unit saham dalam indek ini naik.
Sektor Teknologi kemungkinan sambung bullishIndeks sektor teknologi menunjukkan ia telah berjaya kembali ke atas trendline sokongan utama/major.
Kemudian ia berkonsolidasi seketika namun masih lagi bertahan di atas trendline sokongan major. Dan semalam membuat candle bullish.
Dengan sentimen Nasdaq yang naik dengan gagah malam tadi, sektor teknologi dijangka akan mendapat cukup tenaga untuk melepasi paras 33.16 atau EMA 50.
Namun rintangan sederhana mungkin perlu dihadapai di paras 34.60. Sekiranya indeks bertahan atas EMA 50 atau 33.16, ianya masih positif untuk meneruskan kenaikan.
Dan sekiranya paras 34.60 berjaya dibolosi, sasaran kenaikan adalah di Trendline Rintangan Major iaitu sekitar paras 42. Tempoh perjalanan menuju ke trendline rintangan ini kemungkinan besar lebih dari sebulan.
Indek Sektor Teknologi 13 Mac 20 : Tujahan atas sokongan1. Indeks sektor teknologi kelihatan membuat tujahan ke atas apabila sampai tahap sokongan
2. Adakah petanda bahawa saham-saham berkaitan teknologi akan membuat lantunan kembali setelah kejatuhan demi kejatuhan
3. Mungkin akan berlaku teknikal rebound atau petanda nak reverse?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
Klik link berikut untuk dapatkan akaun Tradingview secara percuma
my.tradingview.com
INDEKS TEKNOLOGI - Trend menaik dan berjaya memecah rintanganIndeks teknologi FBMKLCI dalam trend menaik yang kukuh dan telah dua kali berjaya memecahkan rintangan yang lama.
Kaunter kaunter teknologi boleh dimasukkan ke dalam senarai pantau.
PENAFIAN:Kajian ini hanya untuk pembelajaran sahaja. Beli dan jual atas keputusan dan pengurusan risiko sendiri.
Sektor Teknologi terhalang oleh awanIndeks Teknologi di carta mingguan menunjukkan isyarat bullish oleh stochastic yang melantun di atas paras 50.
Namun kini terhalang oleh rintangan awan Ichimoku.
Sekiranya indeks teknologi berjaya melepasi rintangan awan pada penghujung minggu ini maka cuaca lebih cerah untuk sektor Teknologi terus bullish.
Namun sekiranya indeks teknologi gagal melepasi awan, dijangka keadaan bakal berjerebu dengan besar kemungkinan ia berada dalam kondisi konsolidasi atau sideways sekurang-kurangnya sebulan dua.
Tamparan Trumph Kepada Teknologi MalaysiaBerdasarkan index teknologi Malaysia, perjalanan index sangat cantik dari permulaan 2019 sehingga pertengahan bulan April 2019. Selepas daripada itu, index teknologi membuat satu penurunan bawah paras 50% berdasarkan bacaan fibonacci retracement. Kejatuhan yang sungguh dramatik ini mempunyai kaitan dengan isu “Trade Wars” antara US dan China. Berdasarkan index teknologi Malaysia , support 50% telah pecah dan berkemungkinan cuba bertahan di paras 38.2% berdasarkan bacaan fibonacci retracement dan tiada sebarang petunjuk dari index teknologi Malaysia untuk membuat reversal.
-M.H.N.Jimmy@iSaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.