idea dagangan TM
TM meneruskan?1) ema10 masih berada atas ema20 dan ema50 menunjukan trend menaik masih menguasai TM
2) TM berjaya memecahkan garis rintangan putus, apa ini satu tanda sebagai TM bakal meneruskan kenaikan?
3) harga sasaran berdasarkan kepada corak segitiga menaik x=x
corak carta : segitiga menaik, ema10,ema20,ema50
Carta : mingguan
status : syariah
Sektor : Perdagangan & Perkhidmatan, Telco, 5G, Pembekal Perkhidmatan Telekomunikasi, Telekomunikasi & Media, Pembekal Awan
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
TM REBOUND...!!!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
TM: Mampukah Mencapai Jangkaan Corak Carta?TM adalah salah satu daripada saham syarikat yang pautan kerajaan (Government Link Company). Ia adalah satu kaunter GLC yang paling sihat pada ketika ini yang terdapat dalam Bursa Malaysia. Ini disebabkan bisnes mereka berada dalam sektor yang trend berbanding GLC dalam sektor yang lain.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. Faktor utama adalah kerana terdapat banyak benda baru yang menanti dalam teknologi, seperti kedatangan teknologi 5G dan permulaan era baru Pengkalan Data Berpusat (Data Centric). Ini membina lebih banyak ruang untuk naik (upside) kepada TM.
2. Jumaat yang lepas, Perdana Menteri telah melancarkan MyDigital di mana TM memainkan peranan penting dalam agenda baru negara.
3. TM satu-satunya syarikat tempatan yang terlibat menyediakan prasarana 'Servis Cloud Provider' yang dilantik bersama-sama Microsoft, Amazon dan Google.
4. Pelancaran MyDigital ini akan merancakkan proses pendigitalan secara besar-besaran dan proses ini akan berjalan menyeluruh menjelang tahun 2030.
5. Jadi, ini dilihat ada banyak lagi ruang untuk harga saham TM meneruskan kenaikan menjelang peluang jangka masa panjang yang ada kira-kira 10 tahun ke hadapan.
6. Dari segi prestasi Qr juga, TM menunjukkan peningkatan yang baik pada 3 QR terakhir sejak mencatat kerugian 51juta pada Q4 19:
Q1 20 mencatat keuntungan 153juta, 6% daripada 2.56Billion pendapatan
Q2 20 mencatat keuntungan 275juta, 10.6% daripada 2.59Billion pendapatan
Q3 20 mencatat keuntungan 329juta, 12.2% daripada 2.69Billion pendapatan
ANALISA TEKNIKAL
1. Dapat dilihat pada pergerakan Harga TM, sejak ia berjaya memanjat ke atas MA200 pada Jun 2019, ia sudah berjaya terus kekal dia atas MA200, MA50 dan MA20 untuk mengekalkan momentum uptrend.
2. Sebanyak 3 kali Dinamik Support diuji (Anak panah kuning) namun ia berjaya kekal untuk berada di atas MA200 menunjukkan Dinamik Support MA200 dianggap support yang kuat ketika ini.
3. Sejak harga mula jatuh di bawah MA200 pada Oktober 2017, ia telah jatuh dan membentuk kawah pada kedalaman 63.55%. Kini TM berjaya memanjat semula pada Harga asal sekitar 5.89.
4. Dengan pembentukan semi parabolik yang telah lengkap, dijangka TM akan berjaya meneruskan momentum dengan disokong oleh beberapa pemangkin faktor MyDigital.
5. Dengan menggunakan jangkaan corak carta (chart pattern), ia dijangka mampu mendaki setinggi kedalaman kejatuhan 63.55%.
6. Jika dilhat anggaran Sasaran Harga melalui chart pattern ia mampu mencapai sekitar 8.23, bersamaan 63.55%.
7. Dari segi volume, secara perbandingan, Pembeli lebih ramai menguasai pasaran berbanding penjual, menunjukkan momentum uptrend agak kukuh.
8. Kini, RSI Stoch sudah berada dalam zon oversold, kemungkinan bersedia membuat satu lagi pusingan kenaikan.
Khairul Hafiz
tmharga sudah sampai ke paras downtrendline yang terbentuk sejak 2015. menunggu breakout. ini bagus
harga juga telah bergerak di atas ma200 pada chart weekly, ini juga bagus.
melihat pada perkembangan semasa yang memerlukan internet dalam kehidupan, kita dapat lihat tm punya bisnes akan semalin baik di masa hadapan.
target terdekat kini pada 6.4
TM sedang menguji1) menguji kawasan rintangan
2) 4.580 merupakan harga tertinggi dalam setahun
3) sekiranya harga tidak mampu memecahkan harga tertinggi, berkemungkinan harga akan menguji dikawasan sokongan terdekat
4) namun berhati hati sekiranya harga mampu memecahkan garisan sokongan yang berkemungkinan membuat perubahan arah
corak carta : segitiga menaik
Sektor :Perdagangan & Perkhidmatan, Telco, 5G, Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, Telekomunikasi & Media, Penyedia Awan,
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
TM-Bole perhatikan~observe opportunity to entry. (jika ada)
-sila cari reason dan confluence kenapa harus buy atau tidak.
KISS - Keep It Short & Simple
#4eDucationOnly
TAYOR
NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual instrumen ini
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
#strong&loyal
#ma21ma50&BB