idea dagangan UNISEM
UNISEM 26 OKTOBER – BERJAYA BREAKOUT RINTANGAN DENGAN VOLUME BES> Saham UNISEM tutup pada harga 4.90.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 4.65 dan 4.79 dengan jumlah dagangan yang hampir sama berbanding hari sebelumnya.
> RSI berada di atas 70 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk mencari paras rintangan 5.02, dan sekiranya berjaya melepasi, rintangan seterusnya di 5.39.
> Maklumat lebih lanjut boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
UNISEM 23 OKTOBER – BERJAYA BREAKOUT RINTANGAN DENGAN VOLUME BES> Saham UNISEM tutup pada harga 4.40.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 4.30 iaitu merupakan harga 52 weeks high dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> RSI berada di atas 70 menunjukkan signal overbought.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk turun.
> Harga mungkin akan cuba untuk mencari paras sokongan 4.28, dan sekiranya tidak berjaya bertahan, sokongan seterusnya di 4.19.
> Maklumat lebih lanjut boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
UNISEM - Pendakian Akan Datang?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway sejak pertengahan Apr'20 dengan percubaan menembusi RTS dan R1 pada 16/5 tetapi gagal.
b) Harga berjaya menembusi RTS dengan vol. yang meningkat.
c) 20/40MA masih bersimpul dan belum membuka lagi.
Rumusan:
- Pada berikutnya, kita perlu melihat samada harga mampu berada diatas RTS atau R1. Jika ia menembusi R1, ia perlu mempunyai vol. yang tinggi.
- Jika harga gagal menembusi R1, kemungkinan ia akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pendakian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
UNISEM gergasi cuba untuk bangunUNISEM telah membuat corak dua bahagian bawah. Pada 2 Oktober 2019 isyarat pemberitahuan telah dicetuskan dan disusuli cetusan kedua pada 4 Oktober 2019. UNISEM akan lebih menarik sekiranya membuat konsolidasi di garisan leher iaitu sekitar harga 2.185 sebelum melepasi 2 garisan halangan (garis merah putus-putus).
Garisan Merah = Aras Halangan
Garisan Hijau = Aras Sokongan
Garisan Hitam = Potong Kerugian
#Capt_Dwe
19 Ogos 2019: Unisem Kepala Bahu?PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5005 Unisem
1. Bentuk Kepala Batas semakin dibentuk,
2. Harga perlu disokong oleh zon sokongan RM1.54 – RM1.87.
3. Sekiranya zon sokongan ditebusi, jangkaan harga akan menuju ke RM0.805.
4. Struktur menurun juga semakin dibentuk sekiranya harga turun di bawah RM1.59 untuk membuat harga terendah LL.
5. RSI telah oversold, maka harga mungkin akan naik dulu.
6. MACD di zon bearish dan tidak bermomentum.
7. Volum amat kering pada tahun 2019.
UNISEM menunjukkan isyarat bullish divergenceUNISEM melalui MACD dan RSI memberi isyarat bullish divergence.
Walaupun mencatat Laporan Sukuan yang kurang memberansangkan, namun market bertindak sebaliknya iaitu berlakunya loncatan harga.
Apakah pasaran telah mengambil kira Laporan Sukuan terbaru Unisem di mana harga telah jatuh sebelum laporan terbaru ini dikeluarkan semalam?
Apakah kaunter UNISEM ini mengikut trend lampaunya di mana pada 24 April 2018 Laporan Sukuan jatuh sepertimana yang sekarang, namun bertitik tolak dari situ saham UNISEM mula rally. Ini mungkin pelabur atau pedagang melihat pada masa hadapan bukannya masa lampau.
Namun ianya menarik untuk diperhatikan.
UNISEM 13/12/18 MENANTI ARAH TUJU
1) Kaunter UNISEM pada 13/12/18 masih belum menunjukkan arah tuju yg jelas ..
2) Adakah harga kaunter ini mampu meneruskan kenaikan @ membuat pembetulan harga ??
PENAFIAN : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
Isyarat Shakeout dengan Volume yang Tinggi - Unisem (5005.KL)Shakeout menunjukkan trader bahawa ada permintaan untuk saham. Ia adalah satu isyarat yang baik dicarta, dan memberi trader peluang untuk membeli dengan risiko rendah. Shakeout berlaku apabila Wang Bijak menolak harga pasaran ke bawah paras sokongan, pada ketika ini, bekalan saham akan berpindah dari pedagang lemah ke Wang Bijak. Kemudian harga pasaran segera menolak balik and tutup di tahap tinggi, seringkali berlaku dalam beberapa bar sahaja.
Berdasarkan carta harian Unisem, TradeVSA telah notis beberapa bar shakeout semasa peringkat akumulasi dan pengumpulan semula. Shakeouts digambarkan oleh isyarat Spring (SP). Perhatikan bar Spring jatuh di bawah sokongan dengan volume yang tinggi untuk mengusirkan pedagang lemah sebelum Wang Bijak menandakan harga yang lebih tinggi.
Dengan menggunakan kaedah Volume Spread Analysis, kami mendapati bahawa Wang Bijak cuba mengusirkan pedagang yang lemah pada 7 Disember 2018. Pada masa ini ia menawarkan peluang perdagangan risiko yang sangat rendah kerana harganya hampir dengan tahap sokongan dan kawasan membeli potensi tersembunyi.
Stop Loss = RM3.14
Target Pertama = RM3.30
Target Kedua = RM3.41
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Pengumpulan semula dalam pasaran uptrend - Unisem (5005.KL)Unisem membentuk uptrend yang baik dengan harga menembusi paras rintangan. Harga telah menembusi paras rintangan di RM3.17 dengan bar luas dan transaksi yang tinggi. Harga segera bergerak ke arah sideway dengan bar penyebaran sempit selepas menembusi paras rintangan. Bar sempit dengan jumlah yang sangat kecil yang ditunjukkan oleh Wang Bijak adalah untuk menguji bekalan di pasaran dan membentuk tahap sokongan.
Pada masa ini carta telah membentuk 6 bar yang sempit yang kita sebut "Cluster of Closes" dalam tahap pengumpulan semula. Kekuatan latar belakang menunjukkan Wang Bijak masih berminat untuk menyokong dan menolak harga yang lebih tinggi. Berikut adalah beberapa isyarat kekuatan dalam carta ini:
1. Struktur pasaran di peringkat 2 (markup), tidak ada tanda kelemahan atau jualan setakat ini
2. 2 Spring bar yang berjaya dalam tahap pengumpulan semula sebelumnya yang menunjukkan Wang Bijak sudah mengusir pemegang tangan yang lemah
3. Isyarat 18LC dengan transaksi yang tinggi
4. Membentuk satu lagi tahap pengumpulan semula untuk menguji semula bekalan di pasaran
Pembentukan "Cluster of Closes" memberikan pedagang yang baik untuk berdagang sekarang dengan risiko yang lebih rendah.
Penafian
Maklumat ini hanya berfungsi sebagai maklumat rujukan dan tidak merupakan panggilan membeli atau menjual. Menjalankan penyelidikan dan penilaian anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menjual saham.
UNISEM – Nantikan corak “bearish reversal”Salam kepada semua.
Berikut adalah analisa teknikal buat UNISEM
1. Corak carta sedang membentuk satu “head & shoulder” yang memberi signal “bearish reversal”
2. Paras sokongan yang penting buat masa ini adalah 2.79
3. RSI tidak dapat bertahan atas 50% menunjukkan kelemahan pembeli(buyers).
4. MACD bergerak ke bawah menunjukkan kelemahan trend dan tambahan pula candlesticks sudah bertukar ke warna kuning. Candlestick kuning menunjukkan trend yang melemah.
5. Perhatikan sokongan penting, 2.79. Jika paras ini tidak dapat bertahan, maka saya jangka harga akan turun to paras 2.60.
Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
UNISEM - segitiga menaik!UNISEM sedang membentuk ascending triangle, suatu pattern bullish dimana titik harga terendah terus menaik menunjukkan para trader dan pelabur tidak lagi menunggu untuk membeli dengan harga lebih rendah.
Jika pergerakan harga melepasi R1, target seterusnya ialah R2. R1 akan bertukar menjadi support yang baru. Jika harga melepasi ke bawah S1, maka pegangan saham harus dilupuskan.
sebarang komen atau soalan, sila post dan saya akan cuba bantu tuan-tuan.
UNISEM - Head & Shoulder, Breakout dari Bentuk Segi Tiga1. Breakout dari bentuk Segi Tiga adalah kerana katalis (Good News) dari: www.theedgemarkets.com
2. Kepala dan Bahu adalah tanda reversal pattern. Selepas kejatuhan (downtrend), saham UNISEM pasti akan capai paras yang lebih tinggi dari RM4.00. Kejatuhan yang lebih 140%
3. Target singkat adalah sehingga RM 3.67 dengan pulangan ROI sebanyak 18%
UNISEM membentuk corak higher high higher low1. Struktur unisem jelas kelihatan membuat corak higher high higher low
2. Juga kelihatan adalah corak kepala dan bahu terbalik ketika membuat paras terendah dalam tempoh satu tahun.
3. Paras sokongan diletakkan di paras 2.79 iaitu high sebelum ini.
4. Resistance paling hampir adalah 3.01 (TP1)
5. Resistance kedua adalah pada paras 3.12 (TP2), yang juga paras fibonacci 1.618
UNISEMStruktur UNISEM menunjukkan struktur kenaikan yang menarik. Pada hari ini, UNISEM cuba pecah resistance 2.76. Walaubagaimana pun, candle stick UNISEM menunjukan profit taking berlaku pada akhir saat. Anyway, saya jangkakan UNISEM akan meneruskan struktur kenaikan dan cuba pecah resistance 2.76, kalau UNISEM berjaya pecah 2,76 dengan complete candle , UNISEM akan cuba pecah resistance pada masa depan. Jika besok UNISEM harga naik, dijangkakan UNISEM akan muncul MACD golden cross. Ia merupakan bullish signal. EMA 55 dan uptrend line akan menjadi support penting bagi UNISEM jika berlaku retracement