VS 24/01/2020 MASIH BERUSAHA1) Harga Kaunter VS telah berjaya melepasi aras rintangan sebelum ini.
2) Harga kaunter ini juga masih dalam usaha untuk melepasi aras sokongan menjadi rintangan yang lama.
3) Mampukah kaunter ini melepasinya ?
4) Garisan trend menaik @ garisan hitam = EMA 50 boleh dijadikan aras lantunan harga @ aras menghentikan kerugian jika harga tidak mampu
meneruskan kenaikan..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri.
idea dagangan VS
VS : Breakout (E06)V.S. Industry Berhad adalah sebuah syarikat induk pelaburan berpusat di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan, pemasangan dan penjualan produk elektronik dan elektrik, serta komponen dan bahagian yang dibentuk plastik.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), VS berjaya memecahkan paras rintangan yg terakhir iaitu pada RM1.38 dan menutup sesi dagangan di paras tertinggi sejak 2019.
2. Paras sokongan semasa adalah pada RM1.38.
3. OBV juga menunjukkan aliran volume masuk yg signifikan yg menyokong kenaikkan ini.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
VS 11/01/2020 MENGUJI SEMULA ARAS RINTANGAN1) Harga Kaunter VS sedang menguji semula aras rintangan lama, mampukah harga kaunter ini melepasi aras rintangan tersebut?
2) Jika harga mampu lepas dan bertahan diatas aras rintangan tersebut, maka aras sokongan menjadi rintangan yang lama
boleh dijadikan kawasan mengambil keuntungan.
3) Garisan trend menaik boleh dijadikan aras lantunan harga @ aras menghentikan kerugian jika harga tidak mampu
meneruskan kenaikan..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri.
V.S Industry 16 Oktober 2019 : Breakout flag pattern1. VS menunjukkan kenaikan pada hari ini.
2. Volume juga lebih tinggi daripada hari semalam.
3. VS perlu melepasi tahap rintangan pada 1.40 untuk meneruskan kenaikan seterusnya
4. Pada ketika ini VS telah membuat breakout chart pattern iaitu flag pattern, berkemungkinan untuk meneruskan kenaikan seterusnya.
Selamat berdagang
Dr. Mohamad Najib Mat Pa
MSTA (UK) CFTe (US)
Penafian : Untuk tujuan kajian sahaja. Bukannya 'buy call'
V.S Inverted Hammer1. VS tutup membentuk Inverted hammer, ini menunjukan reversal pattern dan mungkin berlaku kenaikan next day
2. ianya lebih menarik sekiranya dapat melepasi garisan atas trendine pada harga 1.30 dan ke atas (Breakout)
cadangan entry
EP: 1.27/1.28
CL: below 1.26
TP: 1.31/1.35/1.39
atau tunggu di paras sokongan
EP: 1.25/1.26
CL: Below 1.23
TP: 1.30/1.33/1.35/1.39
pesanan: Market masih berada di bawah support, follow trading plan anda dan jaga stop loss :)
#trade at your own risk
V.S terus melakar harga tertinggi FY19V.S masih lagi terus trending dan masih lagi melakar harga tertinggi untuk FY19.
-target utama, TP pada aras 1.50
-jangan ketinggalan untuk momentum kuat V.S untuk terus masih trending ke atas.
-RSI hampir kepada kawasan overbought
-sokongan boleh dirujuk pada kawasan SMA21 dan garis trendline baru untuk V.S
V.S - bersedia untuk mengatasi rintanganV.S masih lagi dapat bertahan, untuk terus rally untuk mencuba mengatasi rintangan tertinggi untuk kedua kali pada 1.32.
-V.S berlaku penjualan sebelum ini selepas gagal untuk mengatasi rintangan pada 1.32
-Penjualan terbantut pada aras 1.23, dan seterusnya membentuk sokongan pada kawasan tersebut.
-RSI masih lagi dalam mode untuk rally keatas
-Harga kini telah trending pada atas EMA50 dan SMA200, petanda baik untuk keyakinan pada para pelabur.
-hampir membentuk corak pennant untuk momentum continuation harga terus keatas.
Monitor jika harga mampu untuk melepasi harga/rintangan tertinggi untuk peluang entri seterusnya.
vsvs kini berada dekat dengan resistance.
maka, tidak asing lagi ramai yang akan menunggu dia break resistance paras 1.3.
break out player teruskan monitor kaunter ini.
PENAFIAN | DISCLAIMER: Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham. Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.