idea dagangan WTHORSE
WTHORSE sedang retrace ke EMA100
1. Kaunter ini sedang mengalami kemerosotan harga hingga ke garis EMA100 aka line hijau dlm indi osc.
2. Signal L pun telah keluar di TFD
3. Ia telah pun mempunyai setup SOP SUPERSENANG di mana telah pun ada signal H TP dan L di timeframe daily
4. Hanya menunggu di TF1H untuk signal EP muncul sebelum membuat belian.
5. Sekiranya signal EP ini muncul, ia akan samada terus membuat kenaikan atau akan retrace dahulu. Maka ada baiknya utk kita melihat kepada support dan resistant bagi memastikan ia telah membuat RBS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan utk membeli.
6. Sekiranya ia mempunyai gap di bahagian bawah, besar kemungkinan ia akan mencari gap utk ditutup, dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke ketiak masam.
7. Apa pun ini hanyalah idea dan jangkaan semata2. Apa pun boleh berlaku dan tak semestinya akan mengikut seperti yg kita kehendaki. Trade at your own risk. TAYOR.
WTHORSEMengikut pergerakan, harga masih lagi berlegar di aras RBS (rintang bertukar sokongan). Ada minat yang menaik dari para pelabur berdasarkan jumlah dagangan yang melonjak.
Momentum harus kekal bertahan untuk kenaikan yang berikutnya.
Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Wthorse : Adakah masih ada kuasa kuda?Kajian TA
1- CS telah close di atas garisan EMA5
2- Jika vol berjaya overtake pasti akan terus naik
3- Semua indikator menunjukkan mempunyai tanda yang positif
4- SnR ada di dalam chart
Ini adalah kajian semata-mata untuk tujuan pembelajaran. Tiada saranan untuk membeli dan menjual. TAYOR