MGY: Wedge? (Bukan Kentang)MGY dilihat bergerak dalam trend menaik sejak setahun dagangan yang lalu
Terkini lilin pada selang masa mingguan dilihat seakan membentuk corak carta 'wedge' yang lazimnya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan menunjukkan kehadiran 'divergence' tatkala harga membuat tinggi yang baharu menunjukkan kelemahan pergerakan
Hal ini menguatkan lagi kebarangkalian untuk harga membuat kejatuhan sekiranya momentum semakin berkurang
Walaubagaimanapun harga dikatakan masih lagi cenderung melakukan kenaikan selagimana sokongan corak carta terbabit masih dipatuhi
Corak carta juga boleh terbatal sekiranya terdapat momentum yang kuat hadir memecahkan corak carta berkenaan
Pergerakan harga secara umumnya dilihat disokong kuat oleh MA20 dan MA50 mingguan yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Ke mana halatuju MGY? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!