S&P500 carta Harian - corak carta bullishS&P 500 sendang membentuk ascending triangle - dimana pergerakan indeks menjejak paras rendah yang lebih tinggi dari sebelumnya (lhigher low).
pergerakan indeks kini dijangka akan turun mencecah paras 2920 (S1) sebelum memecut naik mencuba paras R1.
Jika paras R1 ditembusi, maka sasaran seterusnya ialah R2 dan R3,
namun begitu, jika paras S1 ditembusi, maka kemungkinan harga akan turun menuju ke S2.
idea dagangan SPXM
Carta Indeks S&P 500 (22 ogos 2019)Carta Indeks S&P 500 bakal menunjukkan ke arah positif atau bullish.Sekiranya harga melepasi garisan moving averege (MA 50) dan membuat lantunan atau pullback,harga akan terus menaik ke paras rintangan 2.New high bakal terjadi sekiranya harga melepasi rintangan 2.
Peringatan..Ini hanyalah analisa teknikal sahaja..Market boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan ekonomi semasa.
KEBANGKITAN SYARIKAT GERGASI AMERIKAS&P500 akhirnya melintasi rintangan kuat pada aras 2,964 pts, dan kini berada pada aras tertinggi sepanjang. Indeks itu meninggalkan lilin positif tanpa bayang atas - satu petunjuk bahawa sesi tersebut sangat “bullkish”. Melihat kepada momentum segera, kami mengangarkan lebih banyak potensi gerakan menghala ke utara pada sesi-sesi yang akan datang.
Perhatikan bahawa garisan MA 50 hari biru berada di atas garisan MA 200 hari merah. Di samping itu, kami dapati crossover positif biru di atas merah di osilator "Slow Stochastic". Penunjuk positif ini menyiratkan sentimen pasaran menggalakkan, dengan itu pandangan positif kami diperkukuhkan lagi.
Sokongan segera dilihat pada 2,964 pts, manakala rintangan segera berada di ambang psikologi 3,000 pt.
10-APR-2019: PEMBELAJARAN 6 - CARA MELUKIS CHANNELPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz suci bismillah saya mulakan perkongsian saya pada pagi ini,
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya ingin berkongsi cara asas bagamana untuk menentukan CHANNEL. Harus di ingat disini ini cara penentuan ini adalah berlainan diantara setiap individu, TIDAK ADA ISTILAH SALAH KO BUAT TU, selagi kita dapat melukis dan menentukan arah pasaran itu sudah memadai.
Sila bagi perhatian serious bagaimana channel dilukis kerana ini akan memudahkan anda untuk mengaitkan lukisan anda kepada CHART PATTERN yang popular - WEDGES
Kebiasaannya org hanya berkata, ala lukis la channel line, tetapi bagaimana cara nak lukis? Tarik ja ka?
Ok saya berkongsi cara yang saya gunakan untuk melukis tetapi sebelum itu kita jawab persoalan dibawah.
APAKAH KEPENTINGAN CHANNEL?
Ianya hampir sama dengan trendline tetapi ditambah dengan garisan dibawah atau diatas dan berfungsi untuk
1. Menetukan halatuju pasaran
2. Menentukan garis sokongan ringkas (support) untuk pergerakan carta sedia ada .
3. Menentukan JULAT @ RANGE sesuatu harga bergerak di dalam bentuk gelombang (wave)
APAKAH SELA MASA ((TIME FRAME) YANG SESUAI UNTUK MENANDAKAN TRENDLINE?
Seperti perkongsian sebelun ini saya sendiri menyukai SELA MASA 4H, Daily dan keatas untuk menentukan arah.
BAGAIMANA HARUS KITA MULAKAN?
Harus di ingat,
> Sekiranya TREND sedang MENAIK , lukis GARISAN BAWAH dahulu.
> Sekiranya TREND sedang MENURUN , lukis GARISAN ATAS dahulu .
Ini yang selalunya jadi masalah sbb guru-guru kat luar tak abis belajar dan suka nk suruh buat ikut sedap mata.
SEKARANG ANDA NAMPAK KENAPA PERLU NYA PANDAI BUAT --> TRENDLINE
Betul?
Berikut saya nyatakan langkah demi langkah yang prosider biasa(SOP) yang saya gunakan.
Untuk contoh ini saya akan menggunakan carta DAILY
a. Tukar chart anda daripada candle kepada garisan dan tandakan TRENDLINE.
b. Pilih fungsi garis selari daripada platform anda dan lukis mengikut trendline yang ditulis diatas, dan ia akan membentuk channel seperti dibawah.
c. Tukarkan kembali carta anda kepada candle dan anda boleh lihat sendiri harga semasa berada di mana.
Jadi dengan memerhatikan channel, MA, MACD dan RSI anda sudah mula boleh untuk melakukan analisis terhadap pergerakan harga ini.
Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda menentukan halatuju pasaran dan memudahkan anda untuk membuat keputusan
Semoga bermanafaat
BONUS
Nampak ka apa yang saya nampak? Sesetengah "sifu" suka share tapi tidak tahu pun cara nak terangkan macam mana pembentukannya… sbb mengabaikan ASAS
S&P500 BERLEGAR DI PARAS TERTINGGI UNTUK 2019.Indeks S&P500 pada minggu lepas bermula dengan batang lilin trend menurun dan berakhir pada poin 2800. Walaupun permulaan minggu lepas kurang memberangsangkan dan lintasan garisan negatif yang dapat dilihat di indikator “Stochastic”, pandangan positif tetang saham ini masih relevan. Ini kerana perkembangan negatif ini dilihat sebagai pemberhentian sementara dari perkembangan trend menaik minggu lepas oleh indeks ini.
Garisan MA 20-hari (Biru) masih berada di atas garisan MA 50-hari (merah). Dari sudut analisa teknikal, ini petanda positif dan sekaligus memperkukuhkan pandangan positif tentang indeks ini. Buat masa sekarang, trend menaik atas dasar kewujudan corak tukar arah “V Bottom” dan batang lilin hijau yang panjang masih relevan.
Pembetulan jangka masa pendek dibawah 2491 poin berada di tahap terakhir, manakala momentum trend menaik jangka masa panjang masih kuat. Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di poin 2,714, diikuti poin 2,644. Garisan rintangan yang pertama pula dijangkakan berada pada poin 2,814, diikuti poin 2,941.
S&P 500 hampiri tahap rintangan. Bakal naik atau turun?Indeks US S&P 500 dalam up trend untuk minggu ini & dan sedang menghampirin rintangan bulan Mac, Jun dan Nov 2018 . Kalau tahap rintangan ini pecah maka indeks mungkin akan meningkat ke paras 2900 mata . Jika tidak, ia akan ditolak seperti bulan biasa dan turun semula.
S&P 500 hampiri tahap sokongan. Bakal naik atau turun?Indeks US S&P 500 dalam down trend 2 minggu ini & telah menghampiri tahap sokongan akhir bulan Mei. kalau tahap sokongan ini pecah maka indeks mungkin akan jatuh ke paras 2600 mata. Jika rebound maka kita boleh lihat ia naik ke tahap 2800 pada bulan Mac. Melaburlah dgn berhati hati