S&P 500: Di Paras SokonganIndeks S&P 500 dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Permulaan minggu dagangan terkini memperlihatkan indeks ini dibuka lebih rendah berbanding minggu sebelumnya berikutan terbentuknya 'divergence' pada petunjuk RSI
Pembentukan RSI yang lebih rendah tatkala harga kekal mendatar menunjukkan momentum kenaikan yang semakin berkurang
Indeks kini dilihat berada berdekatan RBS terhasil daripada rintangan sebelum ini dan juga MA20 mingguan, menguji kekuatan sokongan dinamik berkenaan
Sekiranya ditembusi indeks dijangka akan menurun sehingga ke paras sokongan dinamik seterusnya iaitu MA50 mingguan
Histogram MACD mingguan berada dan mengahala ke bawah paras sifar. Garisan MACD dan garisan isyarat juga dilihat telah melakukan persilangan
Trend secara jangka panjangnya dilihat masih cenderung menaik, penurunan yang dijangka berlaku berkemungkinan hanyalah pembetulan
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
idea dagangan SPXM
S&P (INDEKS)Teknik : Penawaran & Permintaan + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu
Entri Belian/Ambil Untung Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Entri Jualan/Ambil Untung Belian : Kotak merah atau Garisan Merah
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
SPX (Terus Melakar Sejarah)Idea analisis :
- Indeks S&P 500 masih berada dalam uptrend corridor / uptrend channel.
- Terkini, indeks S&P 500 tutup pada paras 4247.45 mata iaitu ATH terbaru bagi indeks S&P 500.
- Sebelum mencapai ATH ini, indeks dilihat membuat pullback dan rebound di atas fibo 0.618 pada paras 4060 mata menandakan kekuatan uptrend terkini adalah kuat.
- Indeks S&P 500 berpotensi menuju ke paras fibo 1.618 iaitu paras 4400 mata paling awal pada 6 Julai 2021 ini.
Nota kaki :
* ATH = All Time High iaitu mata tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Indeks membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = indeks melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Indeks perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika indeks jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya indeks akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SPX (Berjaya Mencipta Rekod Baru Tertinggi)Hari ini, S&P 500 mencipta ATH terbaru sekali lagi dan telah menyentuh trend line resistance. Adakah S&P 500 akan break trend line atau membuat retracement selepas ini? Jika indeks menurun untuk membuat retracement, support seterusnya adalah pada paras RBS iaitu 3,980 mata. Jika indeks meneruskan kenaikan, target seterusnya adalah pada 4385 mata yang merupakan fibo 2.618.
Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Correction / Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
Temui Alatan Lukisan Baru Kami = Nota HargaKami telah mencipta Nota Harga untuk menjadikan ia lebih senang nota ditampal pada harga-harga tertentu. Kami mengetahui kepentingan untuk menyimpan nota-nota yang terperinci pada carta-carta kegemaran anda dan alatan lukisan baru kami ini boleh membantu.
Bagaimanakah untuk mencipta nota harga pertama anda 📝
1. Pilih alatan daripada panel Alatan Anotasi. Ini adalah tempat yang sama anda akan menjumpai alatan Teks.
2. Letakkan 2 titik ikatan. Titik pertama letakkan harga dan titik kedua adalah koordinat untuk label harga.
3. Tambah teks dengan membuka dialog tetapan dengan menekan dua kali pada nota. Anda boleh menukar warna garisan dan teks dengan pergi ke membuka dialog tetapan.
Sila gunakan kekunci pintas apabila menggunakan Nota Harga!
1. Tekan Ctrl (Windows) atau commabd ⌘ (Mac) apabila meletakkan satu titik supaya titik itu dilukiskan kepada nilai simbol terhampir. Kekunci pintas ini akan menghidupkan Magnet anda.
2. Tekan kekunci Shift apabila meletakkan satu titik apabila menetapkan kecerunan untuk garisan dalam pelbagai sudut 45 darjah. Petua pro: ini akan memudahkan anda untuk meletakkan Nota Harga pada sudut yang sempurna. Sudut sempurna = carta yang cantik. 🎨
Kami harap anda menyukai alat melukis baru ini. Di samping itu, carta di atas menunjukkan S&P 500 dan Tesla. Kami telah meletakkan nota harga sebagai contoh untuk setiap simbol. Dipersilakan untuk berkongsi mana-mana carta yang anda lakukan dengan Nota Harga dalam ruang komen di bawah.
Sila berkongsi juga apa-apa soalan atau maklum balas di bahagian bawah. Terima kasih kerana sudi membaca.