idea dagangan USCRUDEOILCFD
WTI: oil mungkin akan jatuh untuk fasa pembetulan
Paras harga minyal WTI dilihat di pasarkan sangat dekat pada garisan 20ma. melihat pada carta harian WTI, harga masih lagi berada di atas awan, ini bermaksud yang WTI masih lagi bullish, dan berkemungkinan berada di tahap awal bullidh, tetapi, melihat pada garisan 20ma dan WTI, ia berada sangat dekat, ini bermakna, WTI gagal meneruskan lonjakan dan kenaikan tetapi bergerak secara mendatar., dan garisan CHIKOU pula sudah mula semakin hampir, jika harga WTI ini berterusan mendatar, Chikou akan bertembung dengan harga semasa. pada pendapat saya, jarang sekali chikou akan mendatar selari dengan harga semasa, kerana ini berkaitan dengan faktor kitaran, yang mungkin terjadi ialah, harga harus naik, atau jatuh, tetapi melihat pada MACD, berkemungkinan besar WTI akan jatuh. paras sokongan adalah di paras USD50.
6-Mac-2019: WTI masih berada pada golden ratioPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
TVC:USOIL
Analisa:
1. Carta 1 Hari menunjukkan harga bermain pada golden ration fibo
2. MA semasa menghala ke atas namun semakin menunjukkan kelemahan.
3. Pembentukan channel (kotak hijau)
4. Ini menggambarkan pergerakan yang berada dalam keadaan SIDEWAYS
Jangkaan:
1. Menunggu reaksi harga samaada boleh BO channel yang terbentuk.
2. Secara keseluruhan WTI masih mencari rentak diman jika dilihat pada TF yang kecil harga masih berada pada fasa sideway.
Strategi / trading plan:
1. Entry buy/sell hanya akan dilakukan sekiranya ada tanda2 kuat harga terkeluar dari channel.
2. Namun sekiranya anda berminat, anda boleh scalping WTI tetapi berhati2 dengan pergerakan yang tidak menentu.
3. Secara keseluruhan berdasarkan strategi yang saya gunakan intraday/short swing, saya tidak akan melakukan apa2 sehingga terdapat arah yang jelas
WTI: sedang bergerak MENDATAR
pada ketika ini, banyak saham-saham berkaitan minyak naik, ini berkemungkinan kerana harga minyak mentah yang sedang naik pun ikut sama meransang saham-saham berkaitan untuk turut naik bersama.
Melihat pada carta harian WTI, ketika ini di lihat WTI telah pun keluar daripada awan, tapi pergerakan keluarnya adalah secara mendatar, walau bagaimanapun ia masih di kira sebagai sedang naik atau bullish kerana ia telah keluar dari awan dan berada di atas awan, walaupun dalam pergerakan mendatar. di lihat pada garisan CHIKOU, ia masih lagi kukuh berada di atas harga semasa 26 hari yang lalu, ini bermakna harga WTI adalah masih dan dilihat sebagai sesuatu yang berpotensi.
Melihat trend melalui petunjuk MACD, ia bersetuju dengan pergerakan harga yang mana, MACD di lihat sedang dalam keadaan mendatar juga.
WTI - POTENSI EMAS HITAMPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
TVC:USOIL
Analisa:
1. Trend terkini adalah dlm keadaan downtrend
2. MA semasa menghala ke atas namun semakin menunjukkan kelemahan.
3. Kalau dilihat pada TF lebih besar chat membentuk bentuk 'A' dimana menandakan akan ada penuruna mendadak sekiranya harga tidak dapat membentuk "new high"
Jangkaan:
1. Jika dilihat pada TF lebih kecil, masih berlaku kenaikan namun kenaikan ini dijangka tidak akan membuat lonjakan besar.
2. Price dijangkakan akan cuba untuk mendaki sehingga ke paras 50% fibo ret. (59.69).
3. Paras psykologi 59-60 adalah penentu kepada pergerakan minyak samaada akan berlaku mendaki atau turun besar-besaran.
4. Volume menunjukkan penurunan walaupun harga meningkat... jadi seolah2 membentuk divergence
Strategi / trading plan:
1. Jangkamasa: sederhana kita masih memfokuskan pada Bullish sehingga ke paras 59-60.
2. Entry: i. mencari peluang untuk "buy" namun sasaran hanyalah 10-20 pip sahaja (FIFO)
ii. menunggu peluang untuk "sell" di paras 50% seperti dalam bahagian jangkaan.
3. SL adalah bergantung kepada pengurusan risiko masing2, namun disarankan untuk meletakkan diantara 20-30pip (bergantung kepada broker)
4. TP -i. BUY - lebih baik untuk bertindak ambil sedikit2 10-20pip (bergantung kepada broker dan spread)
ii. SELL - sekiranya sell selepas menyentuh paras 50%, boleh TP di mana2 golden ratio dan maximum 1.618 fibo ret.
USOIL memecah neckline "Inverted Head & Shoulder" 1. USOIL membuat satu "Higher High" bila memecah neckline "Inverted Head & SHoulder". Ini memberi satu signal yang USOIL akan menguat lagi.
2. Perhatikan level2 sokongan dan rintangan. Target seterusnya = R2 apabila harga memecah atas R1.
3. Sokongan penting = S and S1
Crude Oil, W1 - Sejauh manakah krisis minyak kali ini?WTI Oil (Crude Oil)
Berapakah target kejatuhan minyak dunia?
Crude berada pada support sebelum membuat rebound semalam
2 kejatuhan Crude pernah dicatat pada:
32.30 = Feb 2009
25.75 = Feb 2016
Kedua-dua berlaku pada krisis pasaran saham 2008 (US housing bubble) dan krisis minyak dunia 2015
Setelah minayk naik dengan tinggi semalam, hari ini mengalami kejatuhan semula
Adakah semalam adalah teknikal rebound sajaka? atau perubahan trend?
Sama-sama kita nantikan
Candle D1 telah membuat bullish engulfing, kita tunggu candle W1 pada hujung minggu ini
WTI: Mencari Paras Lantai....WTI masih dalam perjalanan menuju ke "Mariana Trench".
Mengikut Carta mingguan, terlihat jelas WTI sedang dalam kejatuhan, dan melihat pada petunjuk Ichimoku, kemungkinan kejatuhan ini baru bermula. Rata-rata mula bercerita bahawa WTI kemungkinan dalam perjalan menuju USD40 dari paras semasa USD47, saya juga berpendapat sama begitu, ini kerana, melihat pada paras sokongan Ichimoku pada carta mingguan, ia menunjukan bahawa paras sokongan seterusnya adalah di paras USD40, oleh itu tidak mustahil WTI berkemungkinan akan menuju paras tersebut, dan paras tersebut juga adalah paras sokongan yang penting, kerana sering di uji pada masa yang lalu.
Andaikata paras ini ditembusi dan tidak mustahil akan ia terjadi, maka paras sokongan berikutnya ialah di paras USD25, iaitu paras sokongan dan paras terendah pada waktu yang lepas.