Perintis kepada model stablecoin, Tether menggabungkan kehebatan dua dunia, mata wang fiat dan teknologi blok rantai. Ia disandarkan kepada dolar AS menyebabkan 1 Tether akan sentiasa didagangkan untuk $1, yang mengurangkan risiko yang selalunya dikaitkan dengan kripto. Pada msa yang sama, ia masih dibina pada blok rantai dan datang bersama-sama pelbagai kelebihan, seperti cir-ciri ketelusan, inovasi dan penerimaan yang meluas. Dengan sifat dwi nya, USDT "sedang mengoncang industri kewangan sejagat". Adalah menarik untuk memerhatikan ke mana cita-cita sebegini akan pergi — anda boleh lakukannya dengan carta yang kami telah sediakan. Ia menunjukkan permodalan pasaran USDT, iaitu bilangan syiling dalam peredaran didarabkan dengan harga semasa mereka. Satu permodalan pasaran yang semakin berkembang mungkin boleh menjadi satu isyarat yang bagus utk pelabur — ini bermaksud pasaran menyukai syiling ini. Akan tetapi satu penurunan mungkin akan berlaku pada bila-bila masa, di mana anda lebih baik tunggu dan memikirkan semula strategi anda.