idea dagangan WTICOUSD
Harga Komoditi USOILUSOIL adalah kod bagi minyak mentah yang mewakili sektor komoditi. Mengikut pemerhatian gelombang sahlun tentang komoditi ini adalah downtrend@bearish dengan kejatuhan lebih 80% sejak awal tahun 2020. Dari segi kriteria syariah setakat hari ini, dagangan komoditi ini adalah masih Patuh Syariah.
Harga minyak AS jatuh bawah $0BUAT pertama kali dalam sejarah, harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras $0, iaitu ke paras negatif -$37.65 setong pada lewat Isnin.
Ini menyaksikan pedagang menjual minyak mentah untuk disimpan ekoran kekurangan tempat simpanan di AS.
Harga minyak mentah AS jatuh 306 peratus untuk kontrak penghantaran pada Mei.
Harga minyak mentah Brent pula jatuh 9 peratus kepada sekitar AS$25 (kira-kira RM110) setong.
Bagi harga minyak mentah di AS, WTI ialah penanda aras untuk Amerika manakala Brent digunakan sebagai penanda aras untuk sekitar 2/3 daripada kontrak minyak dunia.
Dalam masa sama, data ekonomi Jerman dan Jepun turut menandakan ekonomi global lemah.
Harga minyak global mencatatkan penurunan akibat permintaan yang lemah susulan arahan tinggal di rumah untuk kekang penularan COVID-19 dan sekatan pengangkutan udara.
Sebelum ini, OPEC bersetuju untuk memotong sekitar 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei.
Sehingga kini, harga minyak mentah Brent jatuh sekitar 60 peratus sejak awal tahun ini manakala minyak mentah AS jatuh sekitar 85 peratus sejak awal tahun ini.
Harga minyak mentah di AS kini jauh rendah daripada harga pulang modal.
Ini mengakibatkan penghentian carigali dan perbelanjaan oleh syarikat minyak di AS.
Credit : www.astroawani.com
20-April-2020 : Minyak WTI KaramAssalamualaikum dan Salam sejahtera...
Sekadar update ringkas untuk como WTI FX:USOIL
Saya belum study apa2 lagi untuk minggu ini
Harapnya tiada sapa yang buy pada jumaat lepas dan hold hujung minggu
mmg selalu berlaku, hujung minggu mmg banyak terkesan...
Untuk mereka yang hold kaunter saham/stock berkaitan minyak
berhati2 dan perhatikan peluang sekiranya ada... tapi jangan gopoh ya... marking dan masukkan dalam WL untuk memudahkan pemantauan
Siapa sangka kan... dalam semua ingat modern war akan menghancurkan ekonomi...rupanya benda yang tak nampak je menyebabkan ekonomi runtuh
Corona Go...Go corona
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati
USOIL Mesyuarat lagiAda hasil sepakat dalam 'mesyuarat minyak' pada minggu lepas. Diberitakan negara-negara OPEC+ berhajat mengurangkan pengeluaran
minyak mentah di masa akan datang. Para pedagang minyak akan mengikuti rapat perkembangan ini. Untuk USOIL, paras support 78.6% akan
menjadi rujukan samada ia mampu bertahan atau harga minyak akan terus merudum ke bawah $20 setong.
Idea Dagangan WTI Menjelang Mesyuarat OPECWalaupun petunjuk RSIStochastic pada W1 telahpun menunjukkan keadaan "OverSold" namun pada pandangan peribadi, WTI masih mampu untuk melakukan penurunan sehingga ke paras $17 setong menjelang mesyuarat OPEC pada hari Jumaat nanti.
Sentimen kegagalan kata sepakat Rusia dan Arab Saudi menjadi salah faktor untuk drive harga mencari support pada tahun 2001 sebelum ia akan mula mendaki semula.
Lihat laporan EIA malam nanti, jika pengeluaran masih meningkat, harga minyak mungkin akan menjunam lebih awal.
Cari peluang SELL pada TF yang lebih kecil seperti H1 untuk meminimumkan kadar kemungkinan kerugian.
6 Apr 2020: WTI menghampiri ResistantPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
USOIL (WTI)
1. Harga memecah zon konsolidasi (USD52-USD59 sejak Sep 2019) pada bulan Januari 2020.
2. EMAs juga berlaku death cross pada Januari 2020.
3. Penurunan secara mendadak interaksi dengan berita Opec.
4. Harga naik selepas menbentuk dasar berkembar pada USD19.50
5. Harga menghampiri zon base (USD29-USD34) dan EMA jangka pendek, penarikan balik sementara mungkin berlaku selepas kenaikan seterusnya. Kalau tidak berjaya menebusinya, kita mungkin akan nampak harga minyak turun ke harga terendah pada tahun 1999, USD10.