Salah satu perintis di dalam pasaran kripto, XRP pada mulanya dicipta untuk menjadi "mata wang kripto paling praktikal untuk penggunaan di seluruh ruang perkhidmatan kewangan". Berdasarkan kepada permodalan pasarannya pada carta yang telah kami sediakan untuk anda, jalan Ripple ke arah kejayaan merupakan satu jalan yang agak berbukit-bukau — walaupun ia sebelum ini merupakan salah satu daripada mata wang kripto paling bernilai, ia tidak dapat mengelak daripada terjunam. Bergantung kepada pandangan kehidupan anda, carta ini boleh memberitahu anda dua perkata: XRP, seperti juga syiling lain, ialah tidak stabil dan nilai pasaran keseluruhannya boleh ditekan dengan tiba-tiba, jadi anda perlu sedia menghadapi risiko. Pada pandangan yang lain pula, Ripple mempunyai kelebihan yang lain dan mungkin akan menjadi lebih besar di masa hadapan — untuk meramalkannya, terpulang kepada anda dan bakat dagangan anda.