The Leap
Ditaja oleh
Pertandingan dagangan kertas ini sudah ditutup, tetapi anda masih boleh memeriksa keputusan pada papan pemula dan bersedia untuk yang seterusnya.
Siap sedia, pertandingan akan kembali tidak lama lagi.
Papan Pendahulu
Butiran penuh
Wang maya
Pada permulaan pertandingan, anda dan semua peserta lain akan mempunyai $250,000 dalam akaun Dagangan Kertas istimewa anda untuk pertandingan The Leap.
Simbol untuk dagangan
Lebih daripada 10 aset tersedia untuk dagangan kertas termasuk kripto, saham, indeks, komoditi dan forex — jadi tidak mengira kelas aset utama anda, anda masih boleh menunjukkan dagangan terhebat anda.
Kuasa komuniti
Gunakan komuniti sejagat kami untuk mencari idea, strategi dan skrip. Dengan lebih daripada 100 juta ahli, rangkaian sosial kami menawarkan sumber tanpa batasan untuk pedagang.
Juara kami
Peserta 250 teratas dengan pendapatan tertinggi pada penghujung pertandingan akan menjadi pemenang. Tempat pertama akan menerima $3,000, tempat kedua — $1,500, tempat ketiga — $1,200, tempat keempat — $1,000, tempat kelima — $800, tempat keenam hingga 25 — $500, tempat ke 26 hingga 50 — $300, dan tempat ke 51 hingga 250 akan membawa pulang tambahan 6 bulan kepada pelan semasa mereka.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Tiada wang sebenar dan akaun broker diperlukan, dan tiada syarat tersembunyi. Belajar, berlatih dan bertanding dengan pedagang seluruh dunia untuk memenangi hadiah tunai. Berdagang untuk sekurang-kurangnya 10 hari dagangan dan anda mempunyai peluang untuk menang.
Ingat, semua peraturan hendaklah dipatuhi untuk mendapatkan hadiah anda.
Pertandingan yang telah selesai
Temui juara-juara The Leap kami.

Juara — April 2025
Juara — November 2024
Juara — Ogos 2024

Juara — Mei 2024

Juara — Mac 2024

Juara — April 2025
Juara — November 2024
Kata-kata pedagang
Sertai perbincangan mengenai topik terhangat sebagaimana peserta the Leap berkongsi apa yang mereka rasai mengenai pertandingan. Kongsi, dengar dan belajar semuanya yang anda patut tahu.
srosh mayi
@Srosh_Mayi
Menyertai 'THE LEAP' bukan sahaja telah menajamkan keupayaan analitikal saya tetapi juga telah mengajar saya kepentingan perancangan strategik dan pembuatan keputusan masa nyata dalam dagangan. Teruja untuk melihat ke mana kemahiran baharu ini boleh membawa saya!
CRAD
@TraderCRAD
Saya telah Berdagang selama 3 tahun. Berdagang adalah minat saya, saya terlalu obses dengannya. Peraturan pertandingan memperkenalkan gaya dagangan NIC yang mana saya mempunyai banyak pengalaman di dalamnya.
The Blueprint
@Blueprint_So9
Saya teruja untuk memberitahu bahawa saya memegang tempat 10 teratas dalam pertandingan TradingView Leap, di mana ia mengandungi lebih daripada 70,000 peserta dalam foto ini! Walaupun saya tidak dapat menghabiskan pertandingan disebabkan komitmen kerja, ini adalah pengalaman berharga untuk menguji keberkesanan strategi dagangan dan alatan saya. Terima kasih atas sokongan anda!
Mohammad Alrawass
@MdRawass
Bertanding dalam @tradingview the leap adalah satu peringatan tentang sebanyak mana dedikasi dan ketekalan yang anda perlukan untuk menjadi seorang #pedagang yang berjaya
Vivek Gadodia
@technovestor
Reka bentuk pertandingan ini adalah satu kelas teratas dalam dagangan dan memberikan pedagang merasai rasa sebenar
Liquidity Trader
@LiqudityTrader
Saya sekarang berada pada kedudukan ke 10 dalam pertandingan @tradingview “The leap”. Saya tidak menang tetapi ia adalah pengalaman hebat untuk berada dalam kedudukan ke 10 dari 70 ribu peserta
scalp
@SadCoffee_eth
Saya seronok berdagang di dalam pertandingan @tradingview walaupun saya tidak berjaya memasuki posisi 10 teratas. Saya tidak menang tetapi masih seronok dan bangga dengan keputusan saya
Raven's Call Trading
@Ugge20
Tempat yang bagus untuk berlatih strategi baharu dan berseronok dengan keterujaan dari pertandingan. #TheLeap @tradingview
Mr. Liber Abaci
@KoFibonacci
Sangat menyeronokkan dan satu latihan yang hebat. Dialu-alukan untuk menyertai cabaran seterusnya yang dilakukan oleh @tradingview.
Apakah Dagangan Kertas?
Enjin dagangan kertas kami memberikan satu persekitaran simulasi untuk berlatih dagangan tanpa merisikokan wang sebenar.
Di mana saya boleh menonton tutorial video?
Pasukan kami mencipta satu video YouTube mudah yang menunjukkan cara pertandingan dijalankan dari awal sehingga tamat.