Analisa ringkas bagi kaunter ni..corak carta yang telah dibentuk adalah 'Triple Bottom'. Harga jangkaan pula boleh mencapai sehingga 0.620. Indikator MACD positif manakala harga dah berada di atas awan ichimoku. Pergerakan harga melebihi 0.475 diikuti volume dagangan yang tinggi merupakan tanda harga akan menaik lagi. Selamat berdagang!
Hari ini volume dagangan sangat rendah berbanding 3 hari lepas (T3). 4 tanda yang dimaksudkan adalah: 1) Memecah garis aliran menurun 2) Harga berada di atas rintangan berubah menjadi sokongan. 3) Bullish MACD divergence 4) Tekanan jualan yang rendah Pelan dagangan: 1. Beli = 0.27 - 0275 2. TP = 0.315 3. SL = 0.25 Selamat berdagang!
Kaunter ini sedang menunjukkan minat belian semula tetapi berada pada beberapa paras rintangan termasuk fibo 61.8%. Walaubagaimanapun, potensi menaik seperti anak panah hitam tetap ada. 1. Momentum indikator MACD semakin menaik 2. Harga di atas awan ichimoku.
3 tanda kaunter ini akan meneruskan perjalanan buat jangka masa sederhana: 1. EMA 21 & EMA 50 bersilang 2. Harga berada di atas awan ichimoku 3. Harga menembusi paras tertinggi 52 minggu lepas. 4. Indikator MACD bernilai positif (>0) Sebaiknya tunggu pada harga diskaun untuk masuk iaitu fasa pullback (sekitar 0.320 - 0.325). Jangkaan TP terdekat sekitar (0.355 - 0.360)
Indeks sedang bertahan di paras 1683. 5 kali percubaan menembusi paras tersebut telah gagal. Perhatikan nilai indeks yang telahpun menembusi awan ichimoku. Indikator MACD pula menunjukkan nilai positif (>0). Jangkaan buat masa ini masih kekal ke atas seperti sebelum ini.
Stok ini sedang dalam fasa menaik semenjak memecah garis aliran menurun. Ini ditunjukkan menerusi jujukan struktur HH (higher high) & HL(higher low) yang berterusan selepas itu. Jumlah volume dagangan yang tinggi semenjak dari awal bulan Ogos juga menyokong selari dengan kenaikan harga. Indikator MACD dan awan Ichimoku kedua-duanya pula menunjukkan kekuatan trend...
Banyak petanda harga akan meneruskan kenaikan. 1. Di atas awan Ichimoku 2. Di atas EMA21 & EMA50 3. Indikator MACD momentum menaik 4. Memecah garis aliran menurun terdekat 5. Volume belian meningkat Sekiranya harga menembusi garis aliran menurun yang berikutnya, potensi menuju ke paras rintangan terdekat (0.345-0.350) adalah tinggi.
Berdasarkan analisa yang lepas, jangkaan harga seperti yang diandaikan. Kali ini, pergerakan mungkin berada di antara kotak merah yang ditandakan (sideway) sebelum melemah atau mengukuh semula. Jangkaan asal ringgit masih akan kekal mengukuh sehingga kawasan 4.05.
Minat belian semakin bertambah sejak harga menembusi garis aliran menurun (downtrendline). Jumlah transaksi dagangan pada 18/1/19 pula merupakan yang tertinggi dalam tempoh setahun lepas. Indikator MACD menunjukkan keadaan bertukar arah apabila muncul petanda 'Bullish Divergence' dan momentum histogram yang semakin meningkat. Kedua-dua EMA21 & EMA50 juga telah...
KLCI telah berjaya menjauhi garis kipas Gann pada minggu lepas. Awan Ichimoku pula menunjukkan kawasannya semakin menipis (mengecil) manakala indikator MACD mula menghampiri nilai 0 (Nilai MACD melebihi 0 menunjukkan momentum sang kerbau telah muncul...). Sekiranya indeks berjaya memecahkan paras 1700, paras seterusnya (1726) akan menjadi rintangan yang perlu diatasi.
Paras rintangan 0.310-0.315 telah gagal ditembusi banyak kali sebelum ini. Sebaiknya tunggu pada harga diskaun walaupun banyak petanda menyokong belian (volume pada hari Jumaat minggu lepas adalah tertinggi dagangan bagi 3 tahun ke belakang). Sekiranya paras tersebut berjaya dipecahkan, halangan di 0.370 menanti...
Harga emas ketika ini berada pada paras rintangan (titik pertemuan) yang sebelum ini menjadi sokongan di masa lepas. Selain itu, paras tersebut merupakan paras Fibonacci Retracement 61.8%. Momentum ke atas juga seperti sedang bertukar ke bawah menurut indikator MACD.
Berdasarkan carta masa harian, harga minyak mentah terhenti setakat garis kipas gann 8x1 & gagal menembusi paras Fibonacci Extension 1.272 (48.86) dan Fibonacci Retracement 0.50% (48.50). Harga perlu melantun di paras Fibo Retracement 0.382% dan naik semula menembusi kotak merah 1(seperti anak panah hitam) bagi meneruskan kenaikan.
Ringgit telah menampakkan struktur menurun yakni mengukuh secara teknikal. Jangkaan yang mungkin ditunjukkan sebagai anak panah merah. Indikator EMA21 bersilang EMA50 dan MACD juga menyokong kenyataan ini. Harga ringgit buat masa ini dijangka menuju 4.06.
Harga gas asli telah turun semula ke bawah dari paras 52 Week High yang telah ditembusi iaitu 3.661. Tahun 2019 ini mungkin menyaksikan harga gas asli menaik sementara sebelum meneruskan penurunan sehingga ke paras sokongan terdeka bterhampiran 2.760.
Setakat ini, KLCI masih mengikut jangkaan anak panah merah dan belum ada tanda untuk melepasi halangan berdekatan. Sekiranya paras 1667 ditembusi, kemungkinan untuk menuju 1627 adalah tinggi. Boleh rujuk analisa sebelum ini bagi halangan yang dimaksudkan.
Harga terkini seperti cuba bertahan di paras sokongan terdekat (kotak merah) dan masih bergerak dalam corak 'channel'. Jangkaan untuk memecahkan corak tersebut akan berlaku jika mengikut panah merah dan sebaliknya jika ikut panah hitam. Secara keseluruhan, struktur menaik masih kekal dan hanya batal jika harga menuruni bawah dari paras 'swing low' terdekat...
2 petanda (peluang) menarik pada kaunter ini walaupun sedang menunjukkan aliran menurun. 1. Bullish Divergence pada MACD 2. Volume tinggi tetapi harga tidak berubah (batang lilin doji). Jangkaan harga: RM1.60