Prestasi terbaik dalam satu pakej kecil. Percuma, sumber terbuka dan kaya dengan pelbagai ciri-ciri. Dengan hanya menggunakan 40 kilobyte, impian untuk mempunyai carta interaktif yang ringan kini menjadi kenyataan. Teknologi Canvas HTML5 memastikan bahawa (tidak seperti gambar) carta ini akan sentiasa kelihatan sempurna di mana-mana peranti yang digunakan.
Percuma, berkuasa & sempurna untuk pengguna yang mencabar. Dimuatkan dengan ciri-ciri untuk analisis teknikal lengkap. Carta web generasi -seterusnya dapat mengalahkan pengalaman penggunaan desktop. Anda juga boleh menggunakan peta capaian teknikal yang terbaik tanpa sebarang kos.
Dibangunkan dengan kejuruteraan yang terperinci khas untuk pedagang yang aktif. Analisis teknikal dilakukan sepenuhnya dengan keupayaan dagangan. Penggunaan visual dagangan yang terbaik menjadikannya mudah untuk pengguna mengambil tindakan dengan pantas. Manakala pemantauan portfolio, titik & klik pelarasan pesanan adalah secara intuitif.
Terima kasih kepada HTML5, carta kami beroperasi untuk semua sistem operasi (Mac OS, Windows, iOS, Android dan Linux), pada sebarang peranti (komputer meja, tablet, telefon), dan pada mana-mana pelayar (Chrome, Firefox, Edge, Safari, Internet Explorer).
Penyelesaian carta TradingView dibina untuk pemaju oleh pemaju. Kami telah menjadikannya berkuasa dan mudah untuk diintegrasikan supaya anda boleh menggunakannya dengan mudah.
Memberikan pengguna anda yang terbaik di fintech dan sentiasa berada di hadapan semua. Kombo HTML5 + CSS + Canvas memberikan gabungan prestasi dan fleksibiliti yang terbaik. Kami juga menyesuaikan perpustakaan untuk semua kerangka moden: Angular, ReactJS, Vue.js dan lain-lain.
Penyelesaian carta kami telah direka dari awal untuk bekerja dengan penggunaan data yang sangat besar. Carta tetap responsif dan lincah walaupun dengan adanya beribu-ribu bar, beratus-ratus lukisan, berpuluh-puluh petunjuk dan semuanya dikemaskini beberapa kali sesaat dengan tik baru.
30+ bahasa yang berbeza tersedia di dalam perpustakaan, disetempatkan sepenuhnya dan bersedia untuk digunakan.
Kami sentiasa membina ciri-ciri baru dan ianya disepadukan ke dalam penyelesaian carta secara terus.
"TradingView menyediakan salah satu platform carta berasaskan web yang terbaik yang boleh didapati sekarang."
Lihatnya secara lansung"Perpustakaan TradingView mempunyai pelbagai jenis carta, pelbagai kemampuan lukisan dan pelbagai jenis penunjuk teknikal."
Lihatnya secara lansung"TradingView menawarkan pakej carta berasaskan web yang paling menarik pada masa kini."
Lihatnya secara lansung"TradingView membangunkan widget yang bagus mengenai pasaran saham dan sangat mudah untuk diterbitkan di laman web kami."
Lihatnya secara lansungWidget adalah objek iframe yang tertanam yang menjadi tuan rumah TradingView. Ia mengandungi data dari TradingView dan boleh dimasukkan ke dalam laman / aplikasi anda dengan menyalin skrip mudah. Perpustakaan adalah komponen yang anda hoskan di pelayan anda dan disambungkan ke data anda melalui API.
Carta Ringan adalah sumber terbuka di bawah lesen Apache 2.0. Untuk penyelesaian carta lain kami tidak menyediakan kod sumber.
Carta Teknikal Analisis adalah alternatif mandiri yang boleh anda muat turun, menjadi hos di pelayan anda, sambungkan data anda sendiri & gunakan di laman web / aplikasi anda secara PERCUMA. Platform ini adalah produk mandiri yang telah memberikan lesen kepada broker dan pertukaran pasaran kripto. Ia merangkumi semua ciri-ciri yang terdapat dalam Carta Teknikal Analisis, dan juga mempunyai fungsi perdagangan.
Pada masa ini, kami tidak menyediakan Carta Teknikal Analisis untuk kegunaan peribadi, hobi, kajian, atau percubaan. Carta Teknikal Analisis yang PERCUMA hanya boleh disediakan untuk syarikat dan/atau individu untuk digunakan dalam projek web awam dan/atau aplikasi.
Carta teknikal analisis seharusnya digunakan oleh pakar teknikal. Ia memerlukan kemahiran yang berperingkat tinggi di dalam JavaScript dan pengetahuan mendalam berkenaan WEB protokol.
Platform ini adalah projek mandiri yang memberikan lesen kepada broker dan pertukaran matawang kripto yang telah dikawal selia. Ia mesti bersambungan kepada back-end broker: baik dari segi aliran data dan sistem pengurusan pesanan (penghalaan). Anda boleh berdagang secara langsung daripada carta, dan apa anda perlu lakukan untuk menjayakannya adalah menyambungkan Broker API anda dan memasangkannya ke widget carta.
Contoh-contoh widget dan info lain ada disini. Dokumentasi, penjejak pepijat & contoh-contoh untuk Perpustakaan TQ dan Perpustakaan C&T berada pada Github, ianya boleh diakses setelah anda diberi akses ke repo perpustakaan itu sendiri. Jika anda memerlukan pertolongan, sila rujuk kepada platforms@tradingview.com untuk perpustakaan-perpustakaan.