Kesediaan

lahir kejayaan.

Kami bekerja dengan beberapa pemimpin dunia di dalam bidang mendaki, bermain ski dan eksplorasi. Kami melakukan ini kerana mereka adalah manusia-manusia yang sangat hebat – seperti juga pengguna-pengguna kami – tahu bagaimana untuk membuat pelan aksi dan melakukan sesuatu yang luar biasa.
Lanjutan mengenai misi kami

Alex Honnold

memanjat solo bebas El Capitan

Dia adalah pemanjat batu professional yang melakukan pendakian solo memeranjatkan pada muka tebing tertinggi USA, dan pendakian ini telah menjadikan beliau salah seorang pendaki terkenal dunia. Alex adalah satu-satunya orang yang telah mendaki El Capitan secara solo dan pemegang rekod dunia untuk pendakian terpantas tiga mahkota Yosemite — satu pendakian selama 18 jam 50 minit untuk Mount Watkins, The Nose dan Regular Northwest Face untuk Half Dome.

Lihat profil Alex

"Jika ada sesuatu menjadikan saya rasa sakit apabila memikirkannya, ia sudah pasti bermaksud ia berisiko"

Baca temuramah dengan Alex

Alex Honnold memanjat The Nose pada El Capitan di Taman Negara Yosemite, CA menuju ke rekod memanjat laju yang baru

Alex Honnold memanjat di Space Invaders Wall di South Lake Tahoe. CA

Alex Honnold memanjat solo The Nose pada El Capitan di Taman Negara Yosemite, California

Caite Zeliff

gelaran Permaisuri untuk Corbet Couloir

Caite mungkin datang dari bandar ski tetapi dia tidak dilahirkan sebagai pemain ski. Seorang anak tunggal kepada seorang ibu tunggal, beliau menjumpai ski agak lambat daripada yang lain — menerusi program sekolah. Tetapi apa yang beliau kurang dari segi pengalaman, Caite tambahkan dari segi usaha dan kerja keras, dan semenjak mencapai gelaran Permaisuri Corbet Couloir untuk Jackson Hole yang sangat didambakan ramai, bukan hanya sekali tetapi dua kali.

Lihat profil Caite

Caite Zeliff — satu nama yang paling mengujakan dan terbaru di dalam ski bebas

"bagaimanakah seseorang menjadi bagus dalam sesuatu? Ia adalah kombinasi masa dan cinta tulen dalam apa sahaja perkara yang anda cuba menjadi terbaik."

Baca temuramah dengan Caite

Leo Houlding

warga Britain pertama untuk melakukan pendakian bebas El Capitan

Leo adalah contoh pengembara zaman moden. Salah seorang pendaki ekspedisi terbaik dunia, dia adalah seorang veteran untuk banyak ekspedisi tegar, termasuklah: mencapai puncak Everest, melakukan layang-layang ski 1000 batu merentasi Antartika kepada mendaki Spectre – satu penunjang setinggi 750m – dan juga menjadi warga Britain pertama untuk melakukan pendakian bebas El Capitan.

Lihat profil Leo

Leo Houlding — warga Britain pertama yang memanjat bebas El Capitan

Leo menolak had dirinya dengan membawa kemahiran-kemahirannya ke dunia yang tidak diketahui dan belum diterokai yang beliau boleh mencari

Leo juga adalah penerjun asas berpengalaman, dan berada di hadapan Para-Alpinism (memanjat ke atas dan kemudian terbang ke bawah)

Leo N Wale, 1997

Cinta dalam setiap #TradingView
60J+

Pedagang dan pelabur yang melawati kami setiap bulan.

#1

Laman web terbaik di dunia untuk semua perkara berkaitan pelaburan.

1.5J+

Ulasan mudah alih dengan penilaian purata 4.9. Tiada aplikasi fintech lain lebih digemari.

10J+

Skrip tersuai dan idea dikongsi oleh pengguna kami.