ahzaadhwa

SYSTECH: Sokongan 255 sen

MYX:SYSTECH   SYSTECH BHD
SYSTECH telah memecahkan MA200 hari ini dengan volume yang agak besar. Tetapi, corak volume yang datang secara tiba-tiba mungkin perlu diberi anggapan sebagai risiko tinggi. Mengikut harga tutup pada 18 Mac 2019, SYSTECH mempunyai sokongan pada 260, 255 sen. Bilamana jika sokongan ini gagal dijaga, ia bakal mencetus jualan ke 240 sen. Potensi bagi SYSTECH pula terletak pada rintangan 275 dan 310 sen. Syarat untuk pergi ke 310 sen adalah SYSTECH mampu mempunyai momentum belian yang kuat, dengan buy rate melebihi 75% di atas 275 sen. Jika gagal, ia boleh dianggap sebagai pergerakan lemah.

Dengan mengganggapkan sokongan penting pada 255 sen, pelabur mempunyai risk:reward ratio yang agak terhad jika SYSTECH tidak mampu berdagang melepasi 275 sen.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.