ChannelTrend

Penggunaan indikator Green & Red Position

Pendidikan
MYX:N2N   N2N CONNECT BHD
Indikator Green & Red Position ini telah digabungkan dengan beberapa indikator yang lain dan diletakkan di dalam satu indikator yang dipanggil "Channel Trend Pro". Indikator ini adalah idea yang diambil daripada HOMILY POSITION dan diubahsuai menjadi satu indikator yang boleh digunakan untuk melihat TREND.

Terdapat 2 warna position di dalam indikator tersebut, pertamanya "Green Position" menunjukkan uptrend dan keduanya "Red Position" menunjukkan downtrend. Kebiasaannya Green Position akan terbentuk apabila harga melepasi LIFE LINE (garisan hijau) keatas, begitu juga sebaliknya apabila harga melintasi LIFE LINE kebawah, Red Position akan terbentuk. Trend boleh menjadi sideway apabila harga bermain di garisan LIFE LINE. Idea untuk membeli adalah apabila Red Position baru bertukar menjadi Green Position dan melepasi LIFE LINE, dan diingatkan anda perlu membeli ketika harga berada di dalam awan Green Position (Kebiasaannya sewaktu pullback berlaku).

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian kerana carta ini menunjukkan perkara yang telah berlaku. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.