Hoverfly-Trader

MMSV (0113) - BELI untuk Investor

Panjang
MYX:MMSV   MMS VENTURES BHD
Untuk analisis kaunter technologi ini, saya lebih cenderung kepada BUY untuk kaunter yang kukuh FA seperti ini.
Walaubagaimanapun, kelihatan kesan penjualan akibat QR yang lemah pada bulan ogos yang lepas sehingga menyebabkan gap down pada minggu lepas. Kaunter yang kukuh dan bagus seperti ini, boleh dianggap sebagai discount untuk para investor untuk mengumpul dan menambah pegangan. Ini yang digemari oleh Warren Buffet, simpan cash sehingga ada penjualan akibat panic sell atau sentiment.

1) Sokongan dan Rintangan
S1=1.340, S2=1.280, S3=1.050
R1=1.480, R2=1.600, R3=1.675, R4=1.720
Harga sekarang 1.35 berada berdekatan dengan S1 (1.340), sesuai untuk membuat belian atau pengumpulan, boleh dibuat pengumpulan pada S1 dan S2. tetapi jika bocor, boleh CL dan tunggu pada Sokongan terakhir pada S3 pada 1.05

Kemungkinan jika kaunter ini naik untuk menutup gap down pada minggu lepas, tetapi perlu memecahkan rintangan pada 1.480 terlebih dahulu.

2) Analisis Fundamental
Kaunter ini mempunyai revenue dan profit yang menarik setiap tahun, Hanya QR sahaja yang tidak begitu stabil jika dibandingkan dengan SKPRES dan INARI. Profit dan Revenue yang semakin berkembang setiap tahun dan berpotensi seperti INARI pada masa akan datang. sesuatu yang amat menarik untuk diikuti dan diperhatikan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.