akmy

VIS - percubaan memecahkan rintangan gap gagal

MYX:VIS   VISDYNAMICS HOLDINGS BHD
1. Rintangan gap (kotak kuning) terjadi bila ramai pelabur/pedagang tersangkut di pucuk apabila harga tiba-tiba melakukan jurang ke bawah, pemegang saham yang tersangkut lama kini akan cuba melepaskan pegangan saham masing-masing untuk mengambil kembali modal. atas sebab itu, apabila harga menghampiri harga terakhir sebelum terjadinya jurang ke bawah, pelabur yang terdesak untuk melepaskan saham ini terus akan menjual pegangan masing-masing pada harga breakeven. ini menekan pergerakan harga daripada menyambung kenaikan.
2. untuk yang belum membuat pembelian, pastikan harga sudah memecah rintangan jurang dan ditutup di atas garisan ini.
3. Rujuk Gann Chart Square of 9 untuk mengenali sokongan dan rintangan seterusnya untuk menerapkan pelan dagangan masing-masing
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.