TeropongBursa

FRONTKN - cara untuk cari R2

Pendidikan
MYX:FRONTKN   FRONTKEN CORPORATION BHD
FRONTKN dicadangkan sebelum ini telah pun mencecah R1, dan terus pergi ke R2. R2 tidak ditanda sebelum ini kerana jangkaan hanya setakat R1.

Untuk mendapatkan target ada pelbagai cara. Cara yang paling popular ialah menggunakan "Market Structure", iaitu "Previous High" dan "Previous Low". Cara lain ialah menggunakan kaedah trendline & channel.Seperti contoh, trading idea saya pada 24/3/19, menjangkakan FRONTKN mampu mencecah R1. Namun begitu, seteleh mencapai dan menembusi R1, sudah tentu anda ingin tahu dimana target seterusnya.

Cara menggunakan Channel sangat mudah. hanya gunakan trendline menaik yang asal (label Uptrend), klon kan garisan tersebut dan letakkan ia pada paras pucuk yang selari dengan garisan Uptrend, untuk membina sebuah Channel. dengan ini, anda dapat melihat pergerakan harga kaunter tersebut dikandung dalam channel tersebut. garisan ini boleh digunakan sebagai R2. Jika dilihat, pada hari ini pergerakan harga telah pun mencecah R2 juga, dengan indicator menunjukkan paras overbought. mungkin FRONTKN akan berehat dahulu sebelum menyambung semula kenaikan yang baru.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.