Hoverfly-Trader

BELI - INARI (0166) - Beli, Simpan & Peram

Panjang
MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Kaunter yang paling diminati para Investor, adalah Inari yang terletak di Penang
Apabila sebut sahaja Inari, company yang terlibat seperti Apple, Samsung, Osram
Kaunter ini mengalami retracement akibat keputusan QR yang tidak begitu merangsangkan
Walaubaimanapun, ia berada pada tahap yang sesuai untuk dibeli, terutamanya oleh para Investor

1) Sokongan dan Rintangan
Sokongan yang terdekat adalah: S1-2.24, S2-2.20, S3-2.07, S4-2.00
RIntangan yang terdekat adalah: R1-2.40, R2-2.56 (All Time High)
Harga sekarangan berada pada rintangan sokongan yang menarik, berkemungkinan akan turun ke 2.20 sebelum naik semula. Bergantung pada "Price Action" pada sekitar harga tersebut

2) Fibonacci
Kelihatan harga bermain pada level-level fibo yang terdekat, dan, level Sokongan & Rintangan juga berada berdekatan level fibonacci
38.2% - 2.20 (S2)
50.0% - 2.07 (S3)

3) Analisis Fundamental
Tidak dapat dinafikan fundamental Inari berada pada keadaaan yang baik, dan dianggap sebagai leader atau ketua dalam sektor teknologi dan semikonduktor
QR yang baru keluar pada bulan ogos mengalami sedikit kemerosotan akibat FOREX, iaitu MYR menguat berbanding USD sebelum pilihanraya Malaysia. QR seterusnya akan dijangka meningkat berikutan MYR yang melemah selepas pilihanraya sehingga sekarang.
Terdapat berita gembira dan sedih untuk peminat Inari-Apple:
1) Gembira - Warren Buffet menambah pemilikan saham Apple, kerana mengatakan Apple masih "Undervalue"
2) Sedih - Prestasi penjualan peranti iphone berkurangan setiap tahun, tetapi, hasil keuntungan jualan iphone meningkat seiringan dengan harga iphone yang semakin meningkat. Adakah iphone terbaru dapat merangsang semula bilangan pembelian.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.