AmmarAbdSamat

Revenue : Cara mengira price adjustment selepas ex-date warrant

Pendidikan
MYX:REVENUE   REVENUE GROUP BERHAD
Revenue Berhad adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai.

1. Cara utk mengira price adjustment utk warrant dan bonus share adalah berbeza. Cara di bawah adalah utk kaunter yg memberi bonus issue berbentuk warrant percuma.

2. Closing Price sebelum Ex-date (A) : RM1.43
Exercise Price (B) : RM1.25
Ratio : 1 warrant (C) utk setiap 2 mother share (D)

3. ( (A x D) + B ) / (C +D) = ((1.43 x 2) + 1.25) / (1+2)
= (2.86 +1.25) / 3
= 4.11 / 3
= RM1.37

4. Anda boleh mengesahkan maklumat ini dgn merujuk pada data di platform broker masing2. Anda akan mendapati terdapat reference price iaitu RM1.37 pada ex-date dan Revenue telah 'gap down' pada hari tersebut.

5. Anda boleh menggunakan kiraan ini utk mngawal risiko anda jika anda mahu mendapatkan warrant dan menjual pada ex-date dalam keadaan masih untg atau rugi sedikit berbanding cara 'swing' pegangan anda sehingga harga mencapai semula sebelum berlaku price adjustment.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.