FauziSaham

Ajinomoto sudah sampai masa terbaik untuk pelaburan?

Panjang
MYX:AJI   AJINOMOTO (M) BHD
Ajinomoto sebuah syarikat yang kuat menjadi tumpuan para pelabur.

Mari kita lihat pada teknikal.

RSI telah menunjukkan paras yang tersangat oversold di mana ianya terdedah kepada technical rebound sekurang-kurangnya.

MACD pula sedang menuju ke atas.

Tapi perkara yang paling menarik ialah dua ini:

1- Price telah turun ke paras fibonacci 0.382 iaitu salah satu golden ratio.

2- Heiken Ashi menunjukkan pantulan harga yang positif di mana tiga badan bullish candle Heiken Ashi berkembang dan tiada shadow. Ini menunjukkan pembentukan momentum yang baik.

Jadi anda sebagai pelabur yang tentukan apakah sudah sampai masa terbaik untuk melabur ke dalam Ajinomoto.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.