FauziSaham

Apakah Perdana bakal membuat mark up?

MYX:PERDANA   PERDANA PETROLEUM BERHAD
Ini adalah contoh menggunakan Ichimoku di fasa accumulation consolidation atau fasa pengumpulan.

Kita lihat pada carta mingguan. Price sideways ataupun dalam fasa pengumpulan. Dan kita dapat lihat dari price action, ia telah membentuk garisan halangan di 0.355.

Pada ichimoku pula kita dapat lihat price kini berada di atas garisan Kijun. Ia menunjukkan dari segi midterm adalah bullish selagi mana price berada di atas garisan Kijun.

Dan kita dapat lihat juga awan melakukan silangan iaitu span A menyilang ke atas span B. Ini juga merupakan isyarat bullish dalam Ichimoku.

Dan kita dapat lihat juga adanya volume yang tinggi menunjukkan ada minat belian yang tinggi.

Daripada maklumat yang kita ada ini, kita boleh merangka strategi untuk trade. Samaada kita trade breakout iaitu price melepasi 0.355 berserta volume. Atau kita beli berhampiran paras sokongan (Kijun). Harus diingat, bilamana kita menggunakan isyarat di timeframe mingguan, pergerakannya juga makan minggu.

Jadi sekiranya anda mampu bersabar dan mempunyai holding power yang kuat, maka boleh beli di paras sokongan. Jika anda kurang sabar, maka breakout adalah strategi yang lebih sesuai.

Berapa lama dia akan sideways dan bilakah ia akan breakout? Tiada sesiapa yang boleh tahu dengan pasti.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.