TrendTradesX

PWROOT - Seasonality May adalah yg terbaik untuk Rally

Pendidikan
MYX:PWROOT   POWER ROOT BERHAD
PWROOT, daripada pandangan long term (carta mingguan) masih lagi berada dalam keadaan downtrend selepas sebelum ini telah membentuk double top pada tahun 2016/17.

Seterusnya harga masih lagi gagal untuk meneruskan rally, dan mengalami koreksi jangka panjang yg berlanjutan sehingga awal Q1 FY18. Ini di mana kesan daripada QR yg kurang baik dan kurang memuaskan daripada para pelabur.

Harga pernah mencecah kepada harga terendah, 0.96 Q1FY18 sebelum meneruskan rally seterusnya. Harga terhenti pada kawansan rintangan 1.65, iaitu sokongan kuat yang pernah terbentuk (RBS). Di sini, kita boleh membuat kesimpulan bagaimana sokongan kuat sebelum ini berupaya untuk menjadi rintangan yang kuat dan potential untuk TP.

Namun harga masih lagi gagal, untuk menembusi major DTL (juga terletak pada RBS 1.65), dan terus mengalami fasa koreksi yang seterusnya.

Untuk FY19 bagi carta harian, harga masih lagi berusaha untuk mengatasi key EMA50 tetapi masih berupaya kekal untuk uptrend (terus melakar HL).
Bagi corak long term, harga sedang membentuk corak ‘triangle’ (range harga sedang mengecil), dan teruskan monitor jika harga mampu untuk mengatasi major DTL pada kawasan 1.40. Dan bagi untuk kepastian break major downtrend, harga mestilah mampu untuk melepas rintangan terdekat pada 1.50 - sekaligus akan berada pada atas SMA200.

*untuk data ‘seasonality’ features daripada aplikasi STOCKBIT, bulan May merupakan bulan rally (data daripada 8 tahun berturut-turut). Boleh scroll balik harga chart sebelum ini :)


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.