ChannelTrend

WZSATU royal candle sebelum meletup

MYX:CITAGLB   CITAGLOBAL BERHAD
Berdasarkan idea pembelajaran yang sata kongsikan pada 21/7/2018 dengan tajuk "Candle kuning sebagai petanda awal kenaikan". Candle kuning ini kami telah namakannya dengan nama "Royal Candle", fungsi royal candle ini sebagai pengesahan, atau signal awal akan berlakunya breakout upper channel dengan syarat-syarat yang telah kami telah sebutkan sebelum ini. WZSATU adalah satu contoh kaunter yang telah berlaku padanya royal candle pada 2/8/2018 yang menghampiri upper channel (garisan atas awan) dan disahkan dengan volume bar berwarna oren, esoknya 3/8/2018 berlaku breakout upper channel (candle hijau).

Carta diatas menunjukkan perbezaan antara candle yang hampir dengan upper, yang satunya bukan royal candle, dan satu lagi royal candle.

PERINGATAN : Kaunter WZSATU ini hanyalah contoh penggunaan royal candle sebagai signal awan potensi untuk breakout, harga telah pun naik. Kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.