ChannelTrend

SINOTOP terkejut

Pendidikan
MYX:PERTAMA   PERTAMA DIGITAL BERHAD
- Pertama sekali ini hanyalah catatan pembelajaran sahaja, bukan tujuan untuk rekomendasi membeli atau menjual kerana harga telah pun bergerak naik.
- Kaunter SINOTOP ini pada awal pagi tadi, tepat jam 9.00 pagi telah membuat kenaikan 4 bids bermula 0.240 sehingga 0.260, itu adalah signal pertama kenaikan berdasarkan indikator momentum pillar tf5. Selepas itu harga turun dan naik semula melepasi rintangan 0.260 menunjukkan momentum yang kuat. kenaikkan pertama itu secara langsung telah break rintangan pertama iaitu upper channel pada harga 0.250 iaitu harga tertinggi dalam sebulan.
- Sebelum rehat sesi pagi juga kaunter ini telah melepasi rintangan kedua iaitu garisan hijau 0.270 dan setelah itu harga menjadi sideway sekitar harga 0.285 - 0.295. Andai kata kita terlepas entry awal pagi tadi, maka harga di dalam sideway ini sebenarnya boleh kita jadikan sebagai kawasan support dan resistance. Namun suggestion yang tepat untuk entry waktu itu ialah apabila price berjaya naik melepasi 0.290.
- Semalam 3/9/2018 lagi indikator MCDX tf5 di dalam carta 5 minit telah menunjukkan merah semakin menaik.
- Agaknya semalam hari terkejut, hari ini kaunter ini juga terkejut dan membuat kenaikkan yang maha dahsyat sehingga mencecah high 0.530 sebelum turun semula dan close pada harga 0.375.
- Tahniah kepada sesiapa yang dapat menjual di atas dan takziah kepada sesiapa yang terbeli diatas pucuk kerana mengejar harga.
- Kuncinya ialah cari kaunter yang menghampiri upper channel dan tunggu signal momentum pillar keluar untuk pastikan momentum untuk break keatas itu kuat apatah lagi jika ditambah dengan indikator MCDX tf5 sebagai confirmation signal.

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.