Meem

A: Membuat Penolakan

NYSE:A   Agilent Technologies, Inc.
Saham syarikat Agilent Technologies dilihat membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan sebelum ini

Harga saham tersebut dilihat membuat jurang kenaikan susulan laporan perolehan tempoh hari namun tutup lebih rendah
Jika dilihat pada selang masa mingguan, jelas terbentuknya lilin 'hammer' terbalik berdekatan rintangan dinamik MA50 mingguan
Volum tinggi ketika lilin tersebut terbentuk juga mengesahkan masih terdapatnya minat jualan menghalang kenaikan harga
Lilin harian pada hari dagangan terkini juga dilihat dibuka lebih tinggi namun ditutup pada paras lebih rendah menunjukkan minat jualan
Harga terakhir dilihat masih lagi cuba bertahan di atas sokongan RBS sebelum ini
Walaubagaimanapun volum jualan pada lilin harian dilihat kuat berbanding volum belian

Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.