TradingView

5 perkara perlu diingat tentang Pasaran Bulis

Pendidikan
NASDAQ:AAPL   Apple
Hai anda semua! 👋

Pasaran bulis merupakan satu masa penuh optimis dan pertumbuhan, dan ia boleh menjadi satu peluang besar untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa pasaran bulis tidak akan kekal selamanya, dan adalah penting untuk menghadapi mereka dengan berhati-hati dan pada masa yang sama mengekalkan sasaran jangka panjang anda. 🙂

Ada beberapa perkara yang perlu anda ingati semasa berdagang dan melabur di dalam pasaran bulis:

🚨 Jangan terjebak dalam kegilaan spekulasi
Adalah penting untuk kekal tenang dan mengelakkan daripada melakukan keputusan terburu-buru berdasarkan kepada keuntungan jangka pendek. Ambil masa secukupnya untuk menyelidik apa-apa dagangan yang anda sedang pertimbangkan. Ia merupakan satu perkara yang bagus untuk kekal fokus kepada idea-idea yang mempunyai asas yang kukuh dan juga teknikal.


📚 Sentiasa perhatikan kepada penilaian
Di dalam satu pasaran bulis, adalah satu kebiasaan untuk harga naik, kadang-kala kepada satu tingkatan yang tidak berdasarkan kepada asas disebalik aset itu. Untuk pelabur, adalah penting untuk memerhatikan kepada penawaran dan permintaan, penilaian dan lain-lain untuk memastikan aset yang anda punyai adalah berharga wajar.


🔔 Jaga-jaga dengan balikan
Seperti semua perkara yang menyeronokkan, pasaran Bulis juga akan sampai ke pengakhirannya. Jadi, adalah penting untuk bersedia dengan penurunan. Perkara yang bagus untuk mengurus pendedahan risiko adalah dengan menggunakan teknik-teknik seperti kepelbagaian, lindung nilai dan lain-lain.


💸 Jaga risiko anda
Bertahan pada satu posisi yang menguntungkan adalah satu perkara biasa yang dilakukan, akan tetapi adalah penting untuk diingat bahawa pasaran bulis akan akhirnya sampai ke penghujungnya.
Jika anda mendapat keuntungan yang banyak, melakukan hentian jejak (trailing) mungkin merupakan satu pilihan yang bagus untuk mengunci keuntungan jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Membiarkan aset anda yang paling menguntungkan kekal menaik dengan selalu melakukan hentian jejak kepada posisi anda adalah satu strategi yang bagus untuk menambahbaik nisbah Risiko-Ganjaran untuk satu dagangan.


📈 Kekalkan satu perspektif jangka panjang
Berdagang ialah satu marathon dan bukannya pecutan. Pasaran bulis boleh menjadi satu peluang yang hebat untuk mendapatkan keuntungan, tetapi adalah penting untuk mengekalkan satu perspektif jangka panjang untuk sasaran anda. Adakah anda terlepas peluang besar? Jangan marah dan lakukan keputusan yang tidak bagus. Akan ada lagi peluang kelak untuk anda menggunakan ilmu yang anda pelajari.


Pasaran bulis boleh memberikan peluang-peluang yang terbaik, akan tetapi, ia perlu dihadapi dengan waspada dan dengan sasaran peribadi teliti. Pertimbangkan risiko dan ganjaran untuk setiap pelaburan, perhatikan penilaian dan sentiasa bersedia untuk penurunan.

Kami harap anda menyukai catatan ini! Sentiasa tulis apa-apa petua tambahan atau nasihat di dalam bahagian komen di bawah.

– Pasukan TradingView ❤️

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.