TradingView

Lima Cara Untuk Menggunakan Susun Atur Carta Berganda

Pendidikan
NYSE:AMC   AMC Entertainment
Alat susun atur carta berganda kami memberikan pedagang dan pelabur cara yang mudah untuk mengkaji pelbagai simbol atau rangka masa pada masa yang sama. Dalam hantaran ini, kami akan menjelaskan lima cara untuk menggunakan ciri susun atur carta untuk mengoptimisasikan proses anda.

Membuat carta dengan rangka masa berbeza
Jika anda melihat carta di atas dengan lebih dekat, anda akan menyedari terdapat rangka masa berbeza untuk setiap carta. Satu adalah carta harian, satu lagi adalah carta mingguan dan yang lain adalah carta 30-minit. Susun atur carta berganda membolehkan anda melihat kesemua rangka masa yang berbeza pada skrin yang sama. Jika anda mencari dagangan dan membuat kajian dalam pelbagai rangka masa, ciri ini amat penting untuk dikuasai.

Menyesuaikan tampilan susun atur anda
Setiap pedagang dan pelabur memiliki pendekatan yang berbeza. Oleh sebab itu, amat penting untuk memiliki alat yang boleh disesuaikan. Setiap carta dalam contoh di atas menggunakan gradien warna berbeza sebagai latar belakang. Carta paling kanan ialah carta garisan manakala dua carta yang lain menunjukkan candlestick. Semasa menggunakan susun atur carta berganda, anda boleh mencipta ruang kerja sendiri yang memenuhi keperluan anda.

Mempelbagaikan penunjuk anda
Carta di atas menunjukkan penunjuk berbeza. Contohnya, garis kuning di paling kira ialah Purata Bergerak manakala carta di bahagian tengah menunjukkan Profil Volum dan carta di paling kanan hanya menunjukkan volum. Anda boleh menambahkan penunjuk yang berguna di carta tertentu dalam susun atur anda.

Membuat carta dengan simbol berbeza pada masa yang sama
Dalam contoh di atas, kami melihat tiga simbol yang berbeza, tetapi boleh dilihat pada skrin yang sama. Cara ini membolehkan kami mengikuti aksi harga, mengkaji persamaan, dan mencari idea antara aset berlainan. Ia juga mempercepatkan kajian kami dan merupakan cara yang berguna untuk memantau pelbagai simbol dalam pasaran.

Segerakkan carta anda
Dengan satu klik, anda boleh menyamakan simbol, crosshair, selang, masa dan lukisan untuk semua carta dalam susun atur anda. Untuk bermula, anda boleh klik pada butang susun atur di bahagian atas carta di mana ia berkata "Segerakkan Semua Carta". Dari menu ini, anda boleh memilih penyelarasan yang dikehendaki dan mereka akan dikemaskinikan dengan segera.

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda menikmati hantaran ini. Jika anda mempunyai sebarang tip, cadangan atau maklum balas untuk berkongsi tentang susun atur carta berganda, sila menulis di ruang komen di bawah.

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.