Meem

BSTEAD: Puncak Tinggi Berganda?

MYX:BSTEAD   None
Saham syarikat Boustead Holdings Bhd dilihat bergerak menurun sejak beberapa hari dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang masa harian dilihat seakan membentuk puncak tinggi berganda
Volum juga dilihat berkurang tatkala harga membuat tinggi baharu menunjukkan kurangnya minat belian
Petunjuk RSI mingguan pula dilihat membentuk 'divergence'' tidak selari dengan pergerakan menaik harga (tidak ditunjukkan)
Bagaimanapun lilin dilihat sedang bertahan di berdekatan sokongan dinamik MA20 mingguan dan MA50 harian (tidak ditunjukkan)
Selagimana sokongan corak carta belum dipecahkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Ke manakah halatuju harga? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.