Careplus Group Berhad berada dalam sektor healthcare and service amat bernasib baik kerana berada di Right sector and right time.
Syarikat pengeluar sarung tangan getah ini tidak mempunyai FA yang baik tetapi bermula dengan baik pada Disember 2010 pada harga RM 0.17 dan uptrend hingga November 2015 pada harga RM 0.60.
Setelah itu kaunter ini mula mengalami kejatuhan sehinggalah nasib menyebelahi kaunter ini dimana akhir 2019 berlakunya pendemik Covid 19 dan permintaan keatas barangan healthcare tiba-tiba meletup.
Kaunter ini memang berada dikedudukan uptrend dan kelihatan semakin menarik apabila berjaya mencapai harga sebelum kejatuhan curam bulan March 2020 dalam tempoh kurang sebulan. Saya dapati shareholder juga mula mengutip unit-unit saham ini dalam kuantiti yang sederhana tapi berterusan.
Semalam kaunter ini juga menjadi trending sepeti rakan sektornya LKL.
Ditutup pada harga RM 0.47 dengan kenaikan sebanyak 4 sen (12.12%). kita lihat hari ini, adakah drama ataupun cobaan.
Adakah 10 golden rules telah saya penuhi? Saya terasa macam ketamakan masuk kedalam kepala saya. :)
Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya. (#bukanbuycall)
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi. (#bukanbuycall)
Sila buat penilaian anda sendiri. (#bukanbuycall) - (TAYOR)