TradingView

Cara Membuat Idea Dagangan Berkualiti?

Pendidikan
NYMEX:CL2!   Crude Oil Futures
Minggu ini, kita akan melihat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dan menerbitkan idea dagangan berkualiti tinggi.

Walaupun ramai berpendapat bahawa idea dagangan yang baik bermula dan berakhir dengan mencari analisis carta kebarangkalian tinggi dalam aset cair yang tidak menentu, idea dagangan *terbaik* selalunya menggabungkan pelbagai komponen - termasuk analisis makroekonomi, analisis fundamental dan analisis teknikal, atau beberapa gabungan di dalamnya - menjadikannya sebagai satu idea. Membiasakan diri untuk memasukkan semua faktor ini ke dalam proses pemikiran anda boleh menghasilkan kualiti yang lebih tinggi, sama ada anda memilih untuk berkongsinya dengan komuniti atau tidak.

Mari berbincang dengan lebih lanjut!

Terdapat beberapa soalan yang perlu anda tanyakan pada diri sendiri apabila cuba menghasilkan idea berkualiti tinggi, dan biasanya terdiri daripada lima persoalan berikut:

Siapa, Apa, Di mana, Bila, dan Mengapa.

Mari kita mulakan dengan Siapa.

Siapa .....

Untuk siapa idea dagangan ini? Apabila menerbitkan idea dagangan, jangan menganggap bahawa idea itu adalah sesuai untuk semua. Cara paling jelas TradingView membantu dalam hal ini adalah dengan mengkategorikan hantaran mengikut kelas aset, jadi pedagang FX kebanyakannya hanya melihat idea FX, dan pelabur kripto tidak sentiasa terdedah kepada spread hadapan komoditi. Namun demikian, terdapat cara yang lain juga. Pedagang dan pelabur yang berbeza selalunya mempunyai gaya perdagangan yang berbeza, jadi walaupun dalam satu kelas aset, idea pelaburan jangka panjang mungkin tidak sesuai untuk pedagang jangka pendek. Apabila menerbitkan idea dagangan, adalah wajar untuk menjelaskan kepada pembaca (dan diri anda sendiri) untuk siapa idea ini, dan dalam strategi apa ia sesuai digunakan.

Apa .....

Kebanyakan idea tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan ini! Ia sangat mudah: pada intinya, apakah yang ingin dilakukan oleh idea ini? Sama ada melakukan penjualan di pasaran saham atau membina spread mata wang kripto panjang/singkat, pastikan idea anda menjelaskan teras idea dagangan ini.

Mengapa .....

Ini adalah inti daripada idea dagangan yang baik. Mengapa seseorang perlu menggunakan modal dan mempertaruhkan wang untuk mengikut visi anda? Ia adalah perkara biasa bagi pedagang baru yang berpendapat bahawa untuk menjawab soalan ini, mereka hanya perlu membina gabungan corak harga, penunjuk dan lukisan carta sehingga semua syarat dipenuhi dan berjalan lancar. Dalam sesetengah kes, soalan yang perlu ditanya ialah mengapa aset ini memiliki momentum yang kuat.

Walau bagaimanapun, selalunya pendekatan ini mungkin tidak cukup mendalam. Bagaimana jika pengaturan teknikal menunjukkan bulis pada carta saham anda di mana perniagaan syarikat tersebut semakin merosot? Bagaimana jika segi tiga menurun yang anda lihat pada dagangan berlaku dalam pasaran kenaikan harga yang lebih besar? Oleh sebab itu, menggabungkan pelbagai disiplin, sama ada analisis asas atau pemahaman makroekonomi, boleh meningkatkan kualiti idea dagangan anda. Memahami beberapa konteks yang mengelilingi aset yang anda dagangkan boleh meningkatkan kebarangkalian yang ada di tangan anda.

Kesimpulannya: harga semasa dalam mana-mana pasaran adalah cerminan daripada pandangan konsensus masa depan. Penting untuk menggambarkan *mengapa* harga itu mungkin tidak betul secara material.

Di Mana / Bila ….

Penting untuk menggambarkan mengapa *sekarang* adalah masa yang sesuai untuk bertindak mengikut idea itu, dan di sinilah analisis teknikal amat berguna. Secara umum, data fundamental untuk kebanyakan aset hanya keluar sekali setiap beberapa minggu. Bagi saham, frekuensi keluaran data fundamental adalah lebih lama. Oleh sebab itu, menggunakan corak harga, penunjuk, carta candlestick dan analisis teknikal lain sangat membantu dalam menentukan risiko, entri dan perdagangan yang lebih efisien.

Di sinilah carta yang bersih berperanan. Penting untuk mengenalpasti cara kedudukan pedagang, zon bekalan dan permintaan serta faktor lain (yang dibantu oleh analisis teknikal) mempengaruhi masa dan risiko idea. Di samping itu, apabila menerbitkan idea di TradingView, carta adalah salah satu cara yang paling ketara dan lazim untuk menyampaikan maklumat ini. Membuat item ini dengan definisi jelas boleh meningkatkan kualiti idea dagangan dengan ketara dan memastikan komunikasi yang jelas bagi maklumat penting.

Demikianlah - soalan utama yang menjadi teras kepada setiap idea dagangan yang bagus! Kami tidak sabar untuk melihat bagaimana rangka kerja ini dimasukkan ke dalam terbitan anda yang akan datang.

Jika anda fikir anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menerbitkan idea dagangan berkualiti tinggi, sila kongsikan di bawah!

Selain itu, jika anda ingin menghantar idea dagangan anda untuk dipertimbangkan oleh pasukan editorial untuk bahagian Pilihan Editor, hanya perlu kongsikan dalam bilik sembang ini: www.tradingview.com/chat/

Terima kasih!

-Pasukan TradingView

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.